24

753 45 0
                                    

Min Pov

Air aku teguk rakus.

Aku hanya memandang keadaan sekeliling restoran. Nampak legang dan kosong.

Mungkin kerana sekarang bukan waktu makan. Tapi aku memang lapar sebab dalam kereta lagi perut aku dah rap lagu AgustD. Pasti V juga dengar, sebabtu mungkin dia bawa aku makan sekarang ni.

Ada juga beberapa orang yang tersenyum dan menunduk hormat tatkala pandangan kami bertemu. Aku pula hanya menarik senyum kepada mereka.

Pandangan aku kalih kehadapan. Memerhati mamalia yang dari tadi asyik memerhati wajahku.

Macam mana aku tahu? Pastilah aku sedar, dengan rasa tidak selesa diperhatikan oleh V.

Dah tembus sampai mana agaknya.

"Ehehemmmm" aku berdehem.

V mengelipkan matanya, namun tiada tanda dia akan berhenti merenungku.

Renungan yang aku sendiri tidak faham kerana tiada secalit senyuman pun diwajahnya.

Makanan tiba dan dihidangkan dihadapan kami.

"Jemput makan boss dan tuan " ujar pelayan tersebut dan berlalu pergi.

Aku terus memasukkan cebisan ayam yang telah aku potong ke dalam mulut.

Otakku jauh memikirkan. Siapalah boss dan tuan yang pelayan-pelayan tadi asyik panggil.

Kalau tuan pasti untuk lelaki. Jadi panggilan tuan pasti untuk V.

Dan panggilan boss........ Takkan untuk aku? Aku bukannya pemilik restoran ni pun.

"Ini markas Gangster High yang terbesar di Seoul, dan pusat pengurusan segala urusan rasmi kumpulan " ujar V selamba.

Terus aku tersedak ayam yang sedang aku kunyah. Peritnya.

"Uhuhuk... Uhuhukk " dada aku pukul kuat.

V menghulurkan air. Terus aku teguk secepatnya.

Dia bangun mengurut belakang badanku bagi melegakan aku.

Memang mujarab sebab aku dah rasa sedikit lega.

"Mian " sengih V sambil mengambil tempatnya semula.

Huhh... Habis air mata aku keluar.

Aku menghadiahkan pandangan yang tajam padanya.

"Your timing is too nice! " sindirku.

Tangannya mengusap pipi kiri dan kemudian kananku.

Lalu ditunjukkan jarinya kepadaku.

Dia lapkan air mata aku yang keluar.

"Tersedak pun boleh sampai nangis " ujarnya bersahaja.

'Kalau awak kena baru tahu rasa dia, tersedak ni boleh membawa maut tau! ' monologku.

"Habis tu rumah heolmoni..? " soalku kembali kepada persoalan utama.

"Itu memang pusat Gangster High, tapi segala pengurusan dan pentadbiran Gangster High dilakukan di bangunan ni.

Tingkat bawah, adalah restoran yang kita sedang makan ni. Tapi tingkat 1 hingga tingkat 5 adalah tempat perhimpunan anak buah, dewan dan tempat melepak anak buah. Tingkat 6 ada ballroom dan bilik perjumpaan bersama ahli kumpulan. Tingkat 7 hingga tingkat 17 adalah pejabat pengurusan. Tingkat 18 dan 19 adalah tempat pengurusan tertinggi dan pejabat ketua kumpulan Gangster High adalah di tingkat 20.

Tingkat 21 hingga tingkat 25 adalah bilik penyimpanan senjata dan alatan.

Tingkat 25 hingga 28 menempatkan bilik anak buah Gangster High dan pengurus bangunan ini.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now