16

874 48 0
                                    

Min Pov

Kedengaran bunyi pintu dibuka. Alamak V dah balik.

Air mata yang berjuraian di pipi aku kesat dengan kasar. Mata aku tutup, pura-pura tidur.

V duduk diatas katil.

"Tidur dah ke Min" ujar V senada.

Aku hanya mendiamkan diri. Namun air mata aku tetap mengalir deras.

Mata ni pun satu, masa ni jugak tak nak bagi kerjasama dengan aku.

Tetiba ada tangan yang mengesat pipiku dengan lembut.

'Tolong V jangan buat saya macam ni sebab saya yakin satu hari nanti awak pasti akan tinggalkan saya juga' monologku dalam hati.

Tetiba terasa ada tangan yang membelai leherku. Hampir saja aku menendang dia. Tapi sempat aku tahan kalau bukan sebab aku tengah berpura-pura tidur. Kalau aku tak tidur dah lama dia mendarat di lantai.

Dapat aku rasa V membuka rantai yang berada dileherku.

Ehhh... Dia nak curi ke?! Andwae....

"Aku akan lindungi kau dengan seluruh kuasa yang aku ada Min, jadi jangan takut dah, kau ada aku tau" ucap V.

Goshh. Tercair aku dengar ucapannya. Tapi aku yakin dia memanglah kena lindungi aku sebab akukan isteri dia. Apalah kau Min, berharapkan lebih pulak.

Tetiba terasa ubun-ubunku diciumnya.

Wah dia dah berani ambil kesempatan nampak.

Nasib aku tengah berlakon. Kalau tak, entah mana aku nak sorok muka ni. Malunya....

Terasa tangan besarnya memeluk pingangku.

Dia ni memang nak kena. Mentang-mentanglah aku tidur.

Suka suki saja nak ambil kesempatan.

Aku terus membuka mata.

Membulat mataku melihat mukanya yang hanya 2 inci jauh dari mukaku.

Aku perhatikan muka dia yang sangat tenang ketika tidur, sungguh polos dan suci, tiada langsung kebekuan yang selalu dia pamerkan.

"Gomawoo... " ucapku tanpa mengeluarkan suara.

Terus mata aku tutup semula dan kali ini aku betul-betul ke alam mimpi.

......skip.........

"Jom" ucap V sepatah lalu memasuki tempat pemandu kereta sport merah miliknya. Appa akan menyusul pada petang ni dengan pemandunya. Katanya dia ingin menikmati kesegaran udara di kawasan sekitar sini dahulu.

Aku turut masuk dan memakai tali pinggang keselamatan. V terus meluncur ke jalan besar.

Sekarang kami dalam perjalanan pulang ke Seoul semula. Omma dan appa dah pulang semalam bersama unnie dan suaminya. Tanpa cakap apa-apa pun padaku. Mungkin mereka dah betul-betul bencikan aku.

Sebelum bergerak pulang, aku dan V singgah rumah heolmoni untuk ambil barang. Tapi heolmoni tiada, kemana dia pergi aku tak pasti sebab anak buahnya kata dia tak boleh beritahu aku. Jadi aku biarkan saja. Malas nak memaksa-maksa.

Tetapi heolmoni memberiku 10 orang anak buah miliknya. Semuanya maskulin dan gagah. Tetiba aku rasa gerun tetapi aku juga rasa selamat.

Dan sekarang mereka sedang mengikut aku dan V dari belakang, tapi bukan mereka sahaja. Anak buah V juga mengikut kami pulang.

Aku mengerling 2 Vellfire hitam dibelakang melalui cermin pandang belakang.

Dan aku kerling V pulak. Baru aku perasan kenapa dari tadi otak aku jauh mengelamun. Sebab dia ni dah jadi beku macam kebiasaannya.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now