V Pov
"Min... " tangan Min aku tarik menghentikan langkahnya.
"Wae? " dia kenakan aku lagi?!
"Aku nak tengok cerita ni dengan sapa? Temanlah" harap dia terpujuk.
"Tapi saya tak suka tengok cerita hantu. Kalau awak beli cerita thrilled saya boleh teman" balasnya.
Habis rancangan aku kalau dia tak nak....
"Aku kan ada....jomlah... " laju tangannya aku heret masuk.
Tangannya aku genggam erat apabila dia meronta untuk dilepaskan.
"V... Jaeball.." Aku hanya hiraukan.
Tempat duduk dicari, couple seat.
Aku menarik Min untuk duduk. Jelas wajah geramnya.
Tak lama kemudian cerita bermula.
"Eomma.... " jerit Min apabila muncul hantunya. Aku mula mendekati Min. Ingatkan dia nak peluk aku hampa apabila matanya kembali fokus pada skrin.
Ngerinya muka hantu tu. Takut juga aku nak tengok.
Mata aku pejam dari tengok muka hantu tu. Rasa macam loya pulak.
.....skip.....
Aku dan Min melangkah keluar. Dia dengan wajah baru bangun tidur. Aku pula dengan wajah gembira.
Sebab misi berjaya. Walaupun tak mengikut perancangan.
Misi aku untuk Min terpeluk aku masa hantu muncul, dia akan sembunyikan muka dalam pelukanku.
Tapi awal-awal saja dia terkejut.... Lepas sejam dia dah tertidur.
Jadi peluang yang ada aku gunakan untuk peluk dia. Awal-awal dia merengek tak mahu. Tapi sebab sejuk dia terus tidur dalam pelukan aku.
"Jom makan...." Ajak Min.
"Kajja" kami melangkah ke satu restoran makanan cina.
Usai makan. Aku mengajak Min untuk main bowling. Mainan kesukaan aku untuk release tension.
Telefon bimbit aku berbunyi, panggilan dari appa.
Min Pov
"Yebeoseyo, Mwo!!... Araaa... " V mematikan panggilan.
Hilang terus senyuman yang terukir diwajahnya sejak semalam.
"Min.... Eomma kritikal...kita ke hospital sekarang " V mula menarik tanganku.
Mendengarnya cukup untuk meruntuhkan hatiku.
Gengaman V aku eratkan dan kami terus berlari ke kereta V.
"Kunci! Saya bawa... " pintaku kepada V.
"Anii......Kita kena sampai dalam keadaan selamat" sinisnya.
Sempat lagi dia berseloroh.
Aku terus masuk ke tempat penumpang.
Sepanjang perjalanan aku cuma mampu berharap eomma tak apa-apa.
Aku terus berlari ke arah wad eomma, V mengikut dari belakang.
Kelihatan Hyejin dan Han sunbae diluar bilik.
"Eomma macam mana? " soalku cemas.
"Kau...!! " marah unnie tapi terhenti saat ternampak V disebelahku.
"Eomma kena serangan jantung tadi, doktor sedang periksa" beritahu Han sunbae apabila unnie hanya berdiam.
"Apa-apa jadi dengan eomma... Kau bukan adik aku lagi!!" Unnie terus melangkah pergi. Mana aku pun tak tau.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gangster High (C)
AzioneYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...