Min pov
"Kang Hye Min! "
Naik seoktaf suara appa aku.
Ingatkan appa dan omma dah tidur. Rupanya masih belum tidur. Atau diorang tunggu aku balik?
"Kamu ni cuba jangan menyusahkan orang lain, nak balik lambat tu cuba telefon atau maklumkan dulu, tengok omma kamu ni yang susah hati fikirkan kamu, kamu tak macam unnie kamu, walaupun dia duduk luar, sibuk dan jarang telefon rumah tapi appa tau dia selamat dekat luar sana dan tak buat perkara yang salah" bebel appa panjang lebar.
Aku hanya mampu berdiri kaku sambil melihat kaki.
Tabah lah wahai hati, appa membebel sebab sayang.
"Dah pergi naik tidur, appa dengan omma pon nak tidur, jangan nak gatal menulis novel pulak!" kata appa dengan dingin.
Ya kerja utama aku adalah seorang novelis, tetapi aku juga membuat kerja sambilan di syarikat penerbitan novel itu. Sebagai cara penyamaran daripada dihidu oleh wartawan.
Siapa yang akan menyangka kalau aku adalah penulis novel yang terkenal. 'HM Kang' seorang penulis novel aksi yang masih rahsia, kecuali penerbit novel aku, yang lain semua masih belum mengetahui identiti aku yang sebenar.
Kalau ke pejabat pun dalam seminggu hanya 2 atau 3 kali sahaja, kadang sampai sebulan aku x muncul. Tapi editor akan memberitahu yang lain kalau aku membuat kerja di rumah.
Memang kerja di rumah, kerja memerah otak sampai keluar semua lendir-lendir yang ada untuk menulis novel aku.Aku sempat memeluk omma dan membisikkan kata maaf ditelinga omma, dan omma hanya senyum melihatku, seperti menyatakan syukur anaknya selamat sampai.
Itulah omma yang sangat jauh berbeza dengan appa.
Keesokannya
Aku bangun dari tidur awal pagi ni, pukul 5 pagi, aku bersiap untuk keluar berjoging.
Sepulangnya ke rumah aku terdengar appa menyatakan pada omma bahawa unnie akan pulang hari ini, aku ingin melompat riang sambil tersenyum. Namun semuanya musnah tatkala terlihat pandangan tajam yang appa berikan padaku.
"Kau tolong berbaik dengan unnie kau, jaga hati dia masa dia kat sini, jangan asyik nak cari gaduh sahaja" pedas nasihat appa padaku.
Ya kali terakhir unnie balik 2 bulan lepas, dan pada malam tersebut dia terus pulang ke Daegu disebabkan kami bertengkar.
Pada appa semuanya salah aku, sebab aku yang menjerit-jerit marahkan unnie, tapi diorang tak pernah bertanyakan sebab kami bergaduh. Omma pula hanya mendiamkan diri walaupun dia tahu perkara sebenar yang berlaku. Aku tahu alasan omma supaya keluarga kami terus kukuh.
Flashback
"Unnie, sejak bila unnie ada namchin ni? Min tak pernah tau pun? " soal ku selepas terdengar perbualan omma dan appa di ruang tamu mengenai teman lelaki unnie yang akan datang esok.
"Baru je, lebih kurang 2 bulan macam tu kitorang couple" jelas unnie.
"Cukahae unnie, tak sabar nak tengok namchin unnie esok" kataku sambil menepuk-nepuk tangan tanda gembira.
Skip
"Minnie, bangun tetamu unnie kamu dah sampai, namchin unnie kamu ada dibawah tu" omma memancingku untuk bangun.
Aku bukan jenis liat nak bangun tapi disebabkan aku menulis novel semalam menyebabkan aku tidur lewat.
Walaupun mata aku berat sangat sekarang ni, aku kena bangun jugak.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...