Min Pov
Raut wajah omma aku tatap sedih. Penuh wayar berselirat dibadannya.
"Omma tolong jangan tinggalkan Min.... Jaebal! Min masih perlukan omma lagi... " rintihku.
V hanya mampu memandang sayu.
Selesai menemani omma, aku curi-curi ke tempat pengebumian appa.
Dan yang pasti ditemani V, mana mungkin aku terlepas daripada dia.
Aku tak berani memberi tunduk hormat yang terakhir kepada appa kerana unnie dan Han sunbae setia menunggu di situ.
Lama aku memerhati.
Tetiba unnie rebah. Ada beberapa saudara appa yang membantu unnie untuk pergi berehat.
Kesian unnie.
"Jom kita beri penghormatan terakhir kepada abeoji. " tanganku ditarik.
"Aniyo, nanti unnie marah" bantahku.
"Jangan jadi bodoh, dia takkan marah kalau dia tak tahu" aku hanya mengikut langkah V.
Sesampai saja disitu. Ada Han sunbae yang memerhatiku.
Senyuman tawar dia tarik.
"Aku belum kejam untuk tak benarkan korang beri penghormatan terakhir. Baik korang cepat sebelum Hyejin sampai" ujarnya.
Lega hatiku.
Aku dan V memberi penghormatan kepada appa dan bunga mawar putih diletakkan di hadapan gambar appa.
Han sunbae menghampiriku. Dia memelukku erat. Terkejut aku.
Namun hanya seketika apabila tubuhnya ditolak kasar oleh V.
"Relaks lah, aku anggap Min sebagai adik aku saja. " dia memberi penerangan.
Jika aku dengar perkara ini sebelum aku ada V. Pasti hati aku akan sakit sangat. Tapi sekarang hal ini melegakan hatiku.
"Tolong jaga unnie baik-baik, kalau ada apa-apa tolong maklumkan Min secepatnya. " Aku memberi tunduk hormat padanya dan berlalu pergi bersama V.
V hanya diam. Pasti dia masih cemburu.
Beberapa langkah menjauh, namaku dipanggil.
"Min! " jeritnya.
"Min... Saya ada sesuatu yang perlu saya berikan. " ucapnya tatkala berada dihadapanku.
"Penat saya cari Min. Ni surat dari appa Min, dia beri surat ni pada saya selepas Min kena serang hendap 3 minggu lepas. Katanya berikan pada Min selepas dia meninggal. " ceritanya.
Surat tersebut aku ambil.
"Nanti dah balik baru baca ya"
"Nanti Min tak akan hadir masa pembacaan wasiat appa, Min nak jaga omma. " beritahuku.
"Tak mengapa kita boleh lambatkan hingga keadaan terkawal dan semua sudah bersedia. " bicara peguam appa.
Aku hanya menganggukkan kepala dan berlalu pergi selepas menunduk hormat.
.....skip.....
Kerusi di sebelah katil omma aku duduki.
V keluar membeli makan untuk kami.
Surat yang peguam appa serahkan tadi aku buka.
Terus isi surat tersebut aku baca.
"Anak appa, Kang Hye Min.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...