20

842 67 0
                                    

V Pov

Ohhh damn....

Takkanlah......

Gulp... Air liur aku telan dengan laju.

Tangan Min aku pegang erat membuatkan dia berada di sebelah aku.

Banglo besar yang Min kata rumah appa ni, memang tempat tinggal appa, tapi bukan sekadar itu. Aku sendiri pun hanya pernah masuk tempat ni selepas kes aku kena belasah teruk dan dibuang di lorong yang berlaku beberapa bulan yang lepas.

Masa tu appa memperkenalkan aku kepada kumpulan Dragon High selepas aku keluar dari hospital.

Dan ini kali pertama Min akan masuk, dia hanya tau ini rumah appa.  Tapi dia tak pernah masuk sebab aku tahu itu bukan masa untuk dia didedahkan kepada Dragon High.

"Min, tae, mari masuk " ucap appa lembut namun penuh ketegasan.

Aku memandang muka Min.

Tenang.

Bukan itu yang aku rasa. Sekarang aku rasa macam nak ajak Min lari. Sebab dia belum bersedia.

Dan tenang yang aku maksudkan adalah, riak muka Min, sangat tenang.

Sedarkah dia apa yang ada di dalam tu?

Tapi ni memang kelebihan dia kan! Mampu mempamerkan muka yang sangat tenang. Dan mungkin kerana ini juga orang lain tidak dapat mengetahui isi hati Min.

Ketenangan ini juga mempamerkan kredibiliti dia sebagai ketua gangster.

Dan bukan senang untuk mempamerkan wajah yang setenang ini. Aku sendiri pun kagum dengan ketengannya.

Terasa tanganku ditarik masuk. Sebenarnya.... Min seperti mengheret aku sebenarnya.

Grrrrr.....

Aku hanya mampu mendengus.

'Taehyung kau jugak yang pegang tangan dia dulu. Dia hanya tolong heret kau masuk saja. Dah otak kau lambat sangat nak berfungsi.'

Monolog aku sendiri.

Aku terus menukar riak risau kepada beku. Tangan Min aku genggam kuat.

Kami melangkah masuk. Min yang memberi lampu hijau bahawa apa pun yang akan terjadi dia dah sedia. Jadi aku tak akan halang dia kali ni.

Ya sebelum ni, aku minta dengan appa untuk tak perkenalkan Min kepada Dragon High lagi memandangkan Min masih belum tahu latar belakang keluarganya lagi. Appa hanya menurut sahaja.

Dan sekarang masanya sudah tiba.

Kami melangkah masuk. Anak buah aku semuanya menundukkan badan 90 darjah kebawah. Dah macam nak tertonggeng mereka aku tengok.

Sebaik sahaja kami tiba dihadapan terdapat pentas kecil. Yang mempunyai 3 kerusi di atasnya.

Aku duduk di tengah, appa di sebelah kananku dan Min di sebelah kiriku pula.

Appa bangun melangkah kehadapan.

"Anyeonghaseyo, kamu semua sihat? Pada hari ini kita akan berkenalan bersama Madam kumpulan Dragon High, iaitu menantu saya, isteri Kim Tae Hyung dan juga ketua kumpulan Gangster High yang baru. Dengan ini saya persilakan Kang Hye Min untuk menyampaikan ucapan. " bicara appa tanpa berlengah.

Anak-anak buahku yang pada mulanya tersenyum seronok kerana dapat cuci mata tengok isteri aku yang comel tu terus menjadi kejung.

Mana tidak. Itu dia ketua gangster kot. Dengan kepala Min yang berbalut Dan kesan calar pada muka menjadikan mereka tetiba gerun kepada orang di hadapan mereka.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now