Min Pov
"Apa yang dah jadi! " soal Hyejin.
Aku pula hanya kaku melihat appa Han sunbae yang sedang dipegang oleh anak buah appa macam seorang pesalah.
"Kamu tanya suami kamu Hyejin! Kenapa dia tamak sangat sampai dia sanggup membunuh! " ujar heolmoni kemarahan.
"Saya tak tahu langsung pasal ni... Appa, apa yang dah jadi? " soal Han sunbae kepada appanya.
"Sung Jeong tak salah! Dia tak tahu pun apa yang terjadi sebenarnya... " ujar appa Han sunbae.
"Apa yang kau dah buat! Cepatlah mengaku, semua orang nak tidur ni! " jerkah appa lantang.
"Aku... Aku... Aku yang cuba nak bunuh Hye Min... Aku tak nak harta jatuh pada tangan dia. Aku kahwinkan Sung Jeong dengan Hyejin sebab aku fikir Hyejin adalah yang terpilih, aku fikir semua kuasa dan harta akan jadi milik Hyejin saja.
Rupanya masa pembacaan wasiat tadi, Hyejin tak dapat apa-apa pun melainkan hanya sebuah rumah dan anak syarikat kecil.
Yang lain semuanya Hye Min dapat! Tak adil...Aku ingat dengan tembak eomma dan appa Hyejin boleh buat dia dapat semua harta.... Hahahahaha... rupanya tak!!" bentak appa Han sunbae.
Aku sudah terkejut yang teramat sangat.
Ada musuh dalam selimut.
Appa Han sunbae adalah generasi dari keturunan yang menjaga pedang 'yang terpilih' yang dimiliki Gangster High.
Boleh buta mata dia dengan harta sampai sanggup bunuh appa dan eomma.
"Sebab tu ajusshi cuba bunuh isteri saya malam ni!?" Soal V tegas.
"Apa semua ni appa!?" Soal Han sunbae.
"Appa tau kamu cintakan Hye Min, tapi appa tetap suruh kamu bercinta dengan Hyejin, appa nak kamu miliki Gangster High.... " ujar appa Han sunbae seperti kesal.
"Apa semua ni oppa? Oppa tipu Hyejin selama ni? " soal Hyejin. Air mata mengalir laju dipipinya.
Aku sendiri terkaku...
Aku melihat V yang sedang menahan kemarahan.
"V... " Panggilku sambil memegang tangannya.
Pandangan tajamnya sudah berkurang.
Senyuman tawar dia hadiahkan padaku.
"Dah tak perlu panjangkan kes ni, kami memang dah syak ada musich dalam selimut.
Han Myung Jeong kamu didapati bersalah kerana cuba membunuh yang terpilih dan membunuh Kang Jung In dan isteri dia.
Aku jatuhkan hukuman kamu Han Myeong Jeong dan keturunan kamu aku pecat sebagai penjaga pedang, dan kamu dibuang daripada kumpulan mulai sekarang. Mereka yang terlibat dalan percubaan membunuh Kang Hye Min juga dibuang kumpulan"
Ujar heolmoni memberi kata putus.
"Kamu pula Sung Jeong aku beri peluang, terpulang nak teruskan perkahwinan kamu atau bercerai dan ikut appa kamu, tapi kamu berdua tak boleh sentuh atau ganggu Min lagi! Kalau kamu langgar aku akan bunuh semua keturunan kamu. Faham! " ujar heolmoni dan berlalu pergi.
Dapat aku lihat Hyejin sudah jatuh terduduk.
Han sunbae cuba membantu Hyejin untuk bangun. Tetapi dihalang oleh Hyejin.
Kepala aku tertiba terasa pening.
"V... " panggilku sebelum aku rebah.
Dalam samar-samar dapat aku rasa V menyambut badanku.
![](https://img.wattpad.com/cover/118094065-288-k567824.jpg)
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...