Tae Hyung Pov
(Amaran part ni ada byuntae, kalau tak boleh baca part yang byun, mohon skip)
.
.
.Tapi tetamu dah mula bertepuk tangan.
Aku terpakkksaaa.
Aku mendekati Min dan menarik pinggangnya perlahan-lahan.
Dia sedikit menolak, tapi apalah daya dia.
Aku menghampiri dia, semakin hampir sehingga nafasnya juga dapat aku dengar.
Muka dia memerah, dia marah atau malu?
Tapi jantung aku macam nak pecah sekarang ni. Degupan dia laju sungguh.
Perlahan-lahan bibir kami bersatu, aku mula menikmati ciuman ini.
Seketika kemudian aku tersedar. Aku terus melepaskan ciuman tersebut dan menjauhkan diri darinya.
Min, dah jadi ais dikutub utara, sejuk dah badan dia. Sebab terkejut sangat kot.
.
.
.
.
.(Part byuntae habis)
Aku memegang tangan dia, dia seperti perempuan ais saat ini.
Min menjeling aku, jelas sangat kemarahan dia.
Tetapi aku tak peduli, demi semua orang yang sedang melihat, aku kena tunjukkan yang kami pasangan bahagia.
Aku mengeratkan lagi pegangan tangan.
Aku lihat omma dan appa Min tersenyum bahagia, begitu juga dengan appa.
Kami beramah mesra dengan saudara mara yang hadir.
Hye Jin dan suaminya juga ada, mereka tinggal di Daegu sekarang. Aku tahu mereka menjaga barang warisan kumpulan Gangster High.
Aku tahu juga Hyejin adalah yang terpilih, dan tidak lama lagi dia akan menjalankan tugasnya.
Tetapi semua ini rahsia dari pengetahuan Min, dia sendiri tak pernah tau, jangan kata pasal Hye Jin, siapa appa dia dan kewujudan Gangster High juga dirahsiakan dari pengetahuannya.
Aku tidak pasti adakah Min dibuang oleh ahli keluarga sendiri, dia tidak layak untuk tahu atau semua ini untuk kebaikan dia sendiri.
Kasihan Min. Aku ingat lagi kes dia dia menangis masa hari perkahwinan Hye Jin. Pasti ada yang tak kena.
Siapa yang akan jadi macam orang putus cinta masa perkahwinan kakak sendiri?
Tambahan suami Hye Jin tu juga CEO kepada anak syarikat naungan appa Min di dalam Gangster High.
Ada juga anak buah kumpulan Gangster High dan Dragon High yang hadir.
Mereka nampaknya dapat berbaik semula.
Aku juga baru mendapat tahu dari appa, kalau appa Min adalah ketua kumpulan Gangster High.
Dan demi untuk penyatuan semula kedua-dua kumpulan, perkahwinan kami menjadi simbol.
Aku terfikir.....
Adakah kumpulan ini akan berpecah selepas aku dan Min bercerai?
Selepas sesi bergambar, aku dan Min meminta diri untuk pulang berehat.
Kami berdua membuat alasan supaya tak perlu berbulan madu, aku dengan alasan baru mengendalikan syarikat appa, dan Min dengan alasan novel dia perlu siap mengikut tarikh yang ditetapkan. Jadi terlepaslah kami berdua dari kena paksa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...