V Pov
Jari Min terlebih dulu mengelapnya
Dan mata kami bertemu hanya untuk 5 saat.
'Sempat lagi kau kira Taehyung' bisik hati aku.
Min terus menyuapkan bubur ke dalam mulut aku.
Aku mula menolak apabila bubur tersebut tinggal separuh.
"Dah kenyang" ujarku.
Min hanya mengendahkanku, sebaliknya dia sibuk menyuapku lagi.
Aku memegang tangannya untuk menghalang Min dari menyuap bubur ke dalam mulutku lagi.
"Kenapa" soal Min pelik.
"Aku dah kenyang" balasku pendek.
"OK" balas Min lalu menghulurkan ubat dan air kepada aku.
Aku menelan ubat dan menyedut air dengan rakus, mahu tak dahaga, Min hanya bagi aku makan tanpa minum sedikit pun air.
Gelas kosong aku hulurkan kepada Min, dia mengambilnya dan dibawa keluar bersama mangkuk bubur tadi.
'Pelik lah Min ni, tetiba senyap' desis hati aku.
End Pov
Min Pov
Sudah 3 hari V berehat dirumah dan dia sudah mampu untuk makan sendiri, itupun mengunakan tangan kiri, selalunya dia makan mengunakan tangan kanan.
Aku sedang rancak menonton tv di ruang tamu sambil mulut mengunyah popcorn.
Tetiba muncul V, berdiri di sebelah kerusi yang aku duduk.
"Aku lapar" katanya tanpa melihat aku.
"Mintaklah orang gaji masakkan" balas aku acuh tak acuh.
"Mana ada, kau bagi diorang cutikan!" ditekannya perkataan kan tu.
Baru aku ingat.
"Tunggu kejap saya masak, nak makan apa? " soalku sedikit geram, yalah tengah seronok tengok tv, orang kacau.
"Ramen dua bungkus dan kimchi" jawab V sambil matanya tertumpu pada tv.
Aku terus ke dapur dan menyiapkan apa yang diminta oleh V.
Tetapi aku masak 4 bungkus ramen. Aku pun lapar jugak.
Siap masak, semua makanan aku bawa ke meja kecil di hadapan tv.
"V, tolong amikkan mangkuk" pintaku.
Membulat mataku apabila V terus berlari ke dapur dan berlari semula ke meja.
Dia berlari macam orang tak sakit, padahal luka tu baru nak sembuh.
Lantaklah, jatuh kalau aku biarkan dia saja. Tidurlah disitu.
"Jom makan! " ujarnya, tetapi ramen sudah berada di dalam mulutnya. Entah bila dia ambil pun aku tak perasan. Sibuk mengelamun.
Aku juga mula menjamu selera. Baru aku perasan dari pagi lagi aku belum makan sama macam V juga.
Selesai saja kami makan, " V tugas awak pulak basuh semua ni. " ujar ku girang.
"Tapi tangan aku ni sakit sangattt, ouchhh" adunya bersama muncung panjang 2 inchi.
Aku menghadiahkan dia death glare, namun dibalasnya dengan senyuman petaknya.
Aigoo... Macam budak-budak.
Aku bangun untuk membawa semua bekas ke dapur. Namun terbantut tatkala loceng rumah berbunyi.
"Siapa yang datang? " soal V, aku hanya mengangkat bahu.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
AksiyonYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...