47

716 41 3
                                    

Min Pov

Hari ini aku dan V harus pulang ke Seoul semula dengan Si biskut tu sekali.

Semalam lepas balik dari air terjun tu, aku terus tertidur sampai petang. V pula entah ke mana. Aku yakin ada urusan yang dia selesaikan semalam. Sebab dia balik pun dah 11.00 malam.

Jadi malam semalam aku dapat berborak berdua dengan heolmoni. Heolmoni terkejut apabila aku bercerita mengenai surat dari appa. Dia juga mohon maaf sebab aku menderita selama ni sebab dia perlu simpan rahsia sebenar.

Dan sekarang aku masih perlu hidup sebagai anak kandung Kang Jung In. Bagi mengurangkan risiko keselamatan aku terancam.

Bermacam-macam perkara yang kami bualkan. Ada yang serius dan ada yang lawak.

"Jom.. " ajak V setelah bagasi siap dimasukkan ke dalam kereta sport merah miliknya.

Kookie pula balik bersama anak buah Gangster High dan Dragon High yang akan mengikuti kami di belakang.

"Jom" balasku. Kami memasuki kereta.

V tak bukakkan pintu untuk aku masuk kereta?

Of course tak perlu. Aku ada tangan nak buka sendiri.

Kereta terus meluncur laju ke lebuhraya, diikuti van anak buah dibelakang.

Aku hanya melihat keadaan sekeliling.

V memandu dengan laju tetapi selamat.

"Ingat tak masa kita balik dari rumah heolmoni sebelum ni, kita kena serang dengan appa Han sunbae. " soalku.

Ya. Appa Han sunbae yang rancang semua serangan ke atas aku. Dan semuanya bermula selepas aku menjadi yang terpilih. Sekaligus selepas aku memegang Gangster High.

"Jangan risau, yang tinggal sekarang adalah Gangster Low saja. " ujar V. Sebelah tangannya mengenggam erat tanganku.

Jika difikirkan balik terlalu banyak perkara yang berlaku. Jika dahulu aku dengan V nak bercakap dalam kereta pun susah. Tapi sekarang kami dah lebih selesa antara satu sama lain.

Aku tahu apa yang berada di fikiran V. Dia akan balas dendam kepada Gangster Low. Sekarang masa yang sesuai sebab kaki V sudah sembuh.

.....skip.....

"Min...ireona... Min..." Panggil V.

Aku terus membuka mata apabila terasa bahuku digerakkan lembut.

"Kita dah sampai dah..." Ucap V lalu keluar dari keretanya. Kami dah sampai di markas Dragon High.

Aku juga berbuat yang sama.

"Kookie, kau bawak boss kau masuk markas untuk berehat. Dan kau boleh menginap di salah satu bilik kosong. Jangan bagi Min keluar tanpa beritahu aku!" Ucap V tegas dan lantang.

Jelas itu arahan yang tidak boleh dibantah.

Kookie yang mendengar hanya mengangguk patuh.

"Min, kau rehat dulu, aku ada urusan yang perlu aku selesaikan" ucap V tegas kepadaku.

Aku hanya tersenyum sinis. V hanya memandang pelik kepadaku.

"Yang lain semua ikut aku!" Ucap V kepada anak buahnya yang sudah sedia berdiri.

V memasuki kereta sportnya semula. Manakala anak buahnya memasuki Van.

Aku terus masuk ke bahagian penumpang kereta V.

"Asal kau masuk!??" Soal V tegas.

"Saya ikut..." Ucapku sambil memeluk tubuh.

"Aku ada kerja penting nak kena selesaikan, kau tak boleh ikut, bahaya!" Ujar V cuba memujuk.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now