51

629 42 6
                                    

Min Pov

"Saya nak pegi markas Gangster High" ujarku.

Pakaian santai aku kenakan, sehelai blouse putih bersama jeans hitam.

Aku nak melawat Hyejin di markas. Dah 6 hari dia tak makan dan tak keluar bilik.

"Duduk jelah kat sini. " balas V tanpa memandangku.

Matanya masih jelas tertancap di skrin iphonenya.

"Saya kena... "

"Aku tak benarkan kau pergi... " balas V masih lagi tidak memandangku.

'Dah kenapa pula.... '

"V.... "

"Kalau kau tak bawa aku sekali! " percakapanku dipotong lagi. Senyuman petaknya diukir sambil memandangku.

"Yah.... Sengajakan! " aku mencubit perutnya.

"Ah... Appooooo" rintih V.

Siapa suruh kerjakan aku!

"Kajja.. " V terus keluar dari bilik.

Aku hanya membuntutinya.

Malam ni appa suruh kitorang jangan keluar, katanya ada perkara penting yang dia nak beritahu.

Sebabtu aku perlu keluar sekarang juga.

"Saya nak drive" pintaku, seronok tau dapat berlumba guna kereta sport merah V.

"No...no..." Balas V terus ke tempat pemandu.

Aku hanya mampu mencebik.

.....skip.....

Aku melangkah ke bilik pengurus Markas, iaitu bilik Hyejin.

Dia mendiami bilik ni sejak sampai ke Seoul selepas pertengkaran dia dengan Han sunbae di rumah heolmoni aritu.

Han sunbae pula, tak silap aku dia menginap di bilik anak buah biasa.

"Sunbae... " aku terkejut apabila ternampak Han sunbae dihadapan bilik Hyejin.

Tapi keadaan dia, langsung tidak terurus.

Sejujurnya aku tau yang Hyejin jadi macam ni pun sebab dia chat mintak tolong aku semalam, tu yang aku boleh terpacak di markas, kalau tak baik tidur.

"Tolong ya Min, terangkan dekat Hyejin supaya dia tak terus jadi macam ni... " pinta Han sunbae.

"Tolong apa? " soal V tegas. Matanya jelas menikam mata Han sunbae.

Takkan cemburu...

"Apa pun terjadi korang berdua jangan masuk campur, atau aku akan angkat tangan! " tegasku.

Bilik Hyejin mengunakan kod yang hanya boleh dibuka oleh orang yang mengetahui kod tersebut, tetapi boleh juga dibuka dengan imbasan cap jari aku juga.

Terus kami melangkah masuk melihat bilik tersebut selepas imbasan cap jari aku sepadan dan pintu terbuka.

Gelapnya. Suis lampu aku buka. Bilik tersebut terus menjadi terang.

Jelas tubuh Hyejin yang sedang berbaring diatas katil.

"Korang duduk sini, kalau korang masuk campur aku taknak tolong! " Ujarku secara perlahan.

V dan Han sunbae mengangguk lalu duduk di sofa hadapan TV. Manakala aku menghampiri katil Hyejin.

Dahinya aku periksa. Sedikit panas.

Beberapa botol pil di atas meja sebelah katil aku lihat dengan terkejut.

"Hyejin-ah ireona..." Panggilku lembut.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now