60

653 51 4
                                    

Min Pov

Aku, V, heolmoni, appa, Kookie, Namjoon, Seokjin, Hyejin, Han sunbae, eomma V, Jung ahjusshi dan Hoseok duduk di sofa ruangtamu rumah eomma.

Ruang yang santai tetapi jelas ketegangan di muka kami. Kerana isu yang kami bincangkan adalah isu serangan keatas aku dua hari yang  lepas.

Bermula daripada siapa dalangnya yang memang sah Han Myung Jeong dan ahli kumpulan Gangster High yang bersekongkol untuk rancangan membunuh aku. Hinggalah pengakhiran kehilangan aku, semuanya dibahaskan.

"Mereka semua dah ditangkap dan akan ditanam hidup-hidup di rumah heolmoni, dan Han Myung Jeong masih belum dijumpai. " heolmoni meneruskan perbincangan kami.

"Tahan diorang semua, jangan berani sentuh atau bunuh mereka dengan sesuka hati! " arahku pula.

Siapa pun tak boleh ubah arahan aku sebagai ketua sebenar Gangster High.
Jadi semua kena ikut arahan.

"Min yang akan uruskan diorang dengan tangan Min sendiri! Dan Han Sung Jeong, kau cari appa kau sebelum semua ahli keluarga kau tinggal abu aku bakar. And I don't like to play with fire...." ucapku tegas.

Pasti mataku sudah bertukar merah. Menandakan aku sedang marah.

Semua memandang takut kepadaku. Siapa ketua The Mynstery dulu, dan siapa aku dahulu tiada siapa yang tahu, dan aku memang dah nekad akan balas semua yang Han Myung Jeong buat pada aku.

Pada malam tu, banyak nyawa terkorban, anak buah aku, ahli kumpulan dan keluarga mereka yang hadir kebanyakkan cedera parah dan mati.

"Termasuk suami aku sekali ke Min? " soal Hyejin. Seperti takut, dulu taknak sangat kat suami dia.

"Buat masa ni, aku bagi peluang untuk dia cari appa dia sampai dapat, tapi kalau tertangkap dia bersekongkol bersama Han Myung Jeong, kau kena sedia serahkan suami kau kat aku. " senyuman paling sinis aku ukir.

V mengosok belakangku, seperti ingin menenangkanku.

"Ok, sebab kenapa ahjusshi boleh sampai kat sini adalah sebab yang terpilih dah banyak kali diancam. " ahjusshi Jung memulakan bahagiannya pula.

"Min perlukan bantuan Keepers sekarang, memandangkan Min pun sedang mengandung. " ujar heolmoni.

Ya aku pernah dengar mengenai kuasa dan kemampuan Keepers, jauh lebih hebat dari kumpulan mafia dan gangster di dunia.

Mereka bukan saja boleh menyimpan rahsia, barang bahkan menyimpan manusia.

"Tapi, anak yang Min kandung perlu dijadikan sebagai pewaris Gangster High, baru semua peraturan Keepers boleh dijalankan keatas Min. Lagipun ahjusshi dah tiada syarat untuk menjaga Min sejak Min dah ada penjaga sendiri. " ujar ahjusshi Jung.

Ni lagi satu punya putar belit, cuba bagitau terang-terang.

"Siapa penjaga Min, ahjusshi? " soalku penasaran.

"Penjaga Min ialah orang yang menjaga rantai 'yang terpilih' sejak Min serahkan rantai tu pada dia. " ringkas tapi cukup untuk aku faham.

Ooooo....

"Taehyung, kamu setuju bakal anak kamu akan jadi pewaris Gangster High? " soal ahjusshi Jung kepada V pula.

Difikirkan hanya V saja yang perlu setuju, yalah dia pun perlukan pewaris kumpulan.

Lama V berdiam.

Aku hanya melihat wajahnya yang kosong, tapi aku tahu otaknya ligat berfikir.

"Baiklah kalau tu saja pilihan terbaik yang ada... " putus V tenang.

Tangannya erat mengenggam tanganku.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now