14

908 53 4
                                    

Nobody Pov

"Da..dari sorang ajushhi " jawab Min sambil menunduk.

Appa dan omma mula mendekat kepada heolmoni untuk melihat rantai itu dengan lebih dekat.

""Ajushhi mana min? " soal omma pula.

"Min tak kenal dia.." Balas Min menunduk.

Heolmoni melihat Min dengan penuh curiga. Dia pasti Min menyembunyikan sesuatu.

"Baiklah semua, saya minta Kang Hye Min untuk meneruskan upacara sebagai 'yang terpilih' " kata heolmoni.

Semua ahli kumpulan berbisik antara satu sama lain.

"Nah Min " heolmoni menghulurkan Min rantai miliknya.

"Tapi... " kata-kata Min dipotong.

"Kita tak kan pernah tahu siapa sebenarnya yang terpilih kalau Min tak cuba. " Taehyung menggenggam erat tangan Min.

'Amik tenaga ni dan buktikan bahawa kau adalah yang terpilih Min' bisik hati Taehyung.

Min melekatkan batu biru itu pada pemegang pedang dan ternyata batu itu sepadan.

Lalu Min menarik pedang tersebut.

Semua yang melihat mula menepuk tangan, termasuklah heolmoni dan Taehyung.

Tetapi appa Min, Hyejin dan suaminya memandang tajam kepada Min.

"Mulai hari ini, kuasa pemerintahan Gangster High milik Kang Hye Min sepenuhnya, kuasa ini hanya boleh diwarisi oleh zuriat Kang Hye Min dan Taehyung. Tiada siapa pun yang dibenarkan untuk mengambil kuasa pemerintahan tanpa persetujuan rasmi Hye Min dan Taehyung.

Sesiapa yang cuba untuk membunuh 'yang terpilih ' dan ahli keluarganya akan dibuang ke afrika selatan tanpa makanan dan air, seluruh ahli keluarga dibunuh dan harta mereka akan didermakan kepada kerajaan Korea Selatan........

#kaya korea selatan kalau macam ni

Panjang lebar pengacara majlis memberitahu kelebihan kepada 'yang terpilih'.

"Seterusnya, dijemput ketua baharu Gangster High untuk memberikan ucapan sekaligus melafazkan ikrar mengambilalih jawatan sebagai ketua" ujar pengacara majlis.

"Annyeonghaseyo, Kang Hye Min imnida, saya tidak menyediakan sebarang teks pengucapan kerana saya tidak pernah terpikir untuk menjadi yang terpilih.

Dan saya mohon supaya Gangster High Association dijaga oleh unnie saya, sementara saya mendalami ilmu dan selok belok dunia gangster dan menjadi ketua yang mampu mentadbir dengan jujur dan gagah."

Kelihatan heolmoni menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

"Masa yang saya minta hanya setahun saja.

Dan pada saat itu saya akan memberikan ucapan sebagai ketua dan berikrar sebagai ketua Gangster High yang rasmi.

Kalian semua jangan risau saya tidak akan melarikan diri mahupun membunuh diri, saya akan berusaha untuk Gangster High selagi saya masih hidup dan tiada musuh dalam selimut yang membunuh saya.

Akhir kata diharapkan kalian semua akan menyokong saya dengan jujur dan terus menegakkan keadilan Sekian terima kasih." Min berjalan turun dari pentas dia berucap.

Taehyung menhampiri Min dan memeluk pinggang Min dengan lembut.

"Relaks, kita kena berlakon macam pasangan bahagia, ok. " seraya Taehyung mencium pipi Min.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now