Nobody Pov
"Sungguh kau tak kisah?" Soal Taehyung pula.
"Aku tak kisah, bagi aku kebahagiaan adik aku yang paling penting " jawab Jihwan.
"Dari dulu kau memang seorang hyung yang baik! Syabas " sindir Tn. Kim pula.
"Jadi macam mana? "Soal Jihwan lagi.
"Ok, baiklah aku akan biarkan dia berkahwin, tetapi status hamba dia tidak akan dimansuhkan, sebaliknya aku akan halau dia ke tempat yang terpencil, supaya dia boleh sebahagianya hidup di situ! Kamu ada bantahan Jihwan? " soal appa lagi.
"Tiada, saya setuju. " balasnya ringkas.
Perbincangan kami berakhir setakat disitu, aku dan appa pulang ke rumah untuk berehat.
Sesampai saja dirumah aku nampak Min sedang menyediakan tempat tidurnya di dalam bilik aku.
Appa, omma dan appa Min bermalam di rumah kami malam ini.
"Jangan risau untuk sementara ni saja saya tidur dalam bilik ni. "Ujar nya sambil tangan lincah menyusun bantal diatas sofa yang akan ditidurinya.
Alahai lah hai......
"Tepi aku nak tidur sini, kau pegi tidur sana" ujarku sambil menolak Min ketepi dengan lembut.
"Ehh, tu katil awak, takkan awak nak tidur sini pulak" Min mula menarik comforter yang aku pegang.
Ishhh.... Dia ni...
"Ok kita tidur atas katil tu! " aku terus lompat atas katil.
"Dan ini arahan, kalau omma ke bukak pintu nanti nampak kau atas sofa tu, apa aku nak jawab! " Min mengeluh dan mula baring di atas katil.
Dia meletakkan bantal di antara kami berdua. Takutlah tu.
"Jangan risau aku ni bukannya terdesak sangat dengan kau " kataku lalu menutup mata.
Kedengaran Min seperti menyebut sesuatu secara perlahan, tapi mata aku dah terlalu penat untuk terbuka.
Dan aku perlahan-lahan terlelap.
....skip....
Dapat aku rasakan aku perlu bangun tetapi aku malas membuka mataku, baik tidur lagi, lalu aku memeluk bantal dengan erat.
Tetiba rasa seperti dipukul, aku mimpi ke realiti?
"V, urhhh.... V......? " suara seseorang memanggil ku.
"Urhh.... Taehyung....tolonggggg... " ujarnya sambil batuk....
Dadaku dipukul olehnya....tapi suara itu.... Min... Ya Min.
Aku membuka mata ku untuk melihat apa yang terjadi.... Dan mataku bertembung dengan mata Min untuk beberapa saat, tiada sedikit pun ruang diantara kami.
Aku seperti tidak mampu untuk berfikir apa yang sedang terjadi.
Seketika kemudian Min menolak aku hinggakan aku terjatuh ke lantai selepas pelukan sedikit renggang.
"Aduiii" ujarku sambil mengosok punggungku. Min menjelingku sekilas dan dia terus bangun dari katil menuju ke bilik air.
Kusss..... Aku ingat mimpi tadi, rasa macam jantung ni tak berdegup langsung....
Pagi tu aku dan Min bersiap dan bersarapan, walaupun kami seperti janggal setiap kali mata kami bertembung. Tetap aku buat-buat mesra dengan Min, hanya lakonan dihadapan semua.
Hari ni adalah hari pertabalan Hyejin sebagai ketua Gangster High.
Aku faham perasaan Min, pasti dia terkejut dengan rahsia keluarga dia.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...