54

567 49 5
                                    

Min Pov

Mataku liar memandang ke seluruh ruang tamu banglo.

Tapi hampa, barang yang dicari tiada.

Aku beralih kepada sebuah bilik yang nampak lain, bilik tersebut mempunyai beberapa gambar kanak-kanak dan orang dewasa, tahulah aku ini bilik ahjumma. Kerana bilik ini saja yang nampak seperti berpenghuni.

Biliknya aku selongkar secara sopan, dari almari baju ke almari barangan, laci-laci kecil, kotak-kotak barang perhiasan, tetap tiada.

Appa ni...punya banyak orang dia boleh suruh, aku jugak yang jadi mangsa...

Tapi aku pelik, kenapa waktu begini ahjumma masih belum masuk tidur.

Aku berlegar keruangan lain.

Nampaknya bilik lain tidak berpenghuni setelah memeriksa setiap bilik.

Kesian ahjumma, hidup sorang.

Tetiba, aku ternampak pintu sebuah bilik yang tidak rapat, aku mendekati bilik tersebut.

Perlahan pintu aku tolak. Jika bilik lain terang dihiasi lampu cerah, bilik ni hanya mempunyai lampu tepi yang malap diempat penjuru.

Tiada sesiapa di dalam, lalu langkah aku lajukan ke meja yang ada. Bilik ni mempunyai meja teh yang diperbuat daripada kayu bersama kerusi disekelilingnya sahaja.

Sebuah bilik yang simple dan kecil.

Barang-barang diatas meja kayu tersebut aku lihat dengan teliti, satu keychain menarik minatku....

Barang lain yang aku cari lain pula yang aku jumpa, keychain hitam dengan gambar naga berwarna merah yang tertulis perkataan KYJ dihujungnya.

Sama!!

Keychain yang sama seperti keychain milik V yang ada dengan aku. Tapi... Kenapa keychain ni ada dengan ahjumma?

Seolmalll!!!!!

"Siapa nama kamu? " soal ahjumma yang berada dipintu depan.

Alamak...

Macam mana ni, ahjumma ni pun gangster ke?

"Errr.... " aku terkelu.

"Ahjumma tau, hal ni pasti akan terbongkar satu hari nanti. Pasti akan ada yang datang." ucap ahjumma tersebut tetiba.

"Kang Hye Min, ahjumma" ucapku jujur.

Entah kenapa, tapi aku rasa ahjumma ni seorang yang baik.

"Hye Min.... Nama yang sedap, kamu tau maksud keychain ni? " soalnya menghampiriku.

Aku hanya tersenyum kecil.

Jelas kefemininan aku disini.

Ahjumma menarikku untuk duduk dikerusi kayu yang ada.

Aku hanya menurutnya.

"Keychain ni milik ketua kumpulan gangter, dan diserahkan kepada perempuan yang mereka cintai, tak kira perempuan tu mereka kahwini atau tak.... Jika perempuan tu dah meninggal, keychain ni akan diletakkan di tempat penyimpanan abu perempuan tersebut. Selagi ketua kumpulan tersebut masih mencintai perempuan tersebut, dia takkan mengambilnya kembali. " cerita ahjumma tersebut.

"Jadi KYJ ni bermaksud Kim Yi Joon lah ahjumma? " ujarku teruja.

Keychain milik appa!

Alamak! Aku terlepas cakap.

Jelas ahjumma juga sedikit terkejut.

"Jadi kamu kesini sebab nak ambil kembali keychain ni? Yi Joon yang suruh ke? " soal ahjumma.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now