Min Pov.
"Aku tau satu tempat yang selamat daripada musuh korang! " Cadang Namjoon.
"Tak kisah, yang penting sekarang nyawa V. " aku memberi jawapan.
Tak guna, hospital pun diorang ada!
Memang diorang nak bunuh aku sangat! Sia-sia usaha semua orang, nak halang perkara buruk terjadi.
Aku yakin kalau bukan sebab V menarikku untuk berdiri dibelakangnya, pasti peluru tersebut ada padaku kini.
Aku menggenggam tangan V yang mulai sejuk.
Sejam lebih perjalanan, aku sempat membasuh luka tembakan dibadan V dan dibalut dengan kain yang dikoyak daripada dress aku.
"Kita dah sampai! " Seokjin keluar daripada kereta.
"Korang tak kisah, ni rumah eomma korang? " soalku masih tidak berganjak.
"Ini yang paling selamat, selama ni appa sembunyikan eomma dengan elok disini. Jadi jom kita rawat Taehyung. " Namjoon terus keluar dari kereta.
Seokjin dan Namjoon kemudian mula memapah V ke dalam banglo eomma.
"Apa yang dah jadi? " soal eomma saat membuka pintu.
"Eomma, kita kena cepat, Taehyung kena tembak. " Seokjin mengesa eomma.
"Masuk bilik bawah, eomma suruh orang gaji sediakan peralatan! " eomma mula berlalu pergi.
Aku hanya mengikut mereka hingga ke sebuah bilik. V dibaringkan diatas katil saiz King.
"Semua ke tepi, kalau takut darah boleh duduk luar! " arah eomma sambil mula mengatur peralatan.
'Peralatan bedah? '
Namjoon menarik aku untuk duduk dikerusi di sebelah pintu bilik.
"Kau ok? " soal Namjoon, sepertinya dia risau jika aku cedera.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Seokjin menolong eomma menyediakan jarum dan IV Drip yang disalurkan kepada V.
"Nadi! " soal eomma.
Secepatnya Seokjin memeriksa nadi V sambil melihat jam.
"40 per minit" jawab Seokjin.
"Kita mulakan sekarang! " eomma memegang pisau bedah.
"Jangan risau, eomma bekas doktor juga doktor aku dan hyung aku, dia dah biasa bedah kami untuk buang peluru" Namjoon berkata.
Aku hanya menganggukkan kepala.
Mata terus melihat aktiviti yang eomma lakukan, V disuntik, mungkin dengan ubat pelali dan eomma mula membelah sedikit perut. Seketika kemudian, peluru dikeluarkan.
Eomma dan Jin mula melakukan tugas mereka. Hampir sejam aku melihat 'pembedahan' secara langsung ni.
Bermula dari membuka kesan tembakan, peluru dikeluarkan, dan dijahit semula.
Mungkin V tidak berasa sakit sebab dah disuntik dengan ubat.
"Siap" Seokjin memecah kesunyian.
Aku terus menerpa kearah katil, V aku lihat dengan lebih jelas.
"Min... " Namjoon memanggilku. Tetapi tidak aku sahut.
"Your heads bleeding! " dia menghampiriku.
Terkejut dengan penyataannya aku terus memegang belakang kepalaku, ya dapat aku rasa cecair likat dirambutku, dan kepalaku memang berasa sakit sejak tadi sebab ni.
YOU ARE READING
Gangster High (C)
ActionYang Terpilih masih rahsia. Min tidak mengetahui sebuah rahsia yang disimpan rapi oleh ayahnya, sehinggalah rahsia besar itu terbongkar, rahsia yang selama ini menjadi kunci untuk memiliki kuasa dalam mentadbir dunia gangster kelas pertama di kor...