35

729 44 6
                                    

Min Pov

"Saya mintak maaf, kami dah berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan Pn Kang, tetapi jantungnya berhenti sepenuhnya 10 minit yang lepas. " jatuh terduduk unnie saat mendengarnya.

Aku pula masih kukuh berdiri hasil kekuatan yang masih bersisa dan pelukan V di pinggangku.

Air mata tak usah katalah, dah macam paip air.

V menarikku untuk duduk di kerusi.

Aku memandangnya dengan air mata yang masih lebat mengalir.

Baru saja seteguk jus oren yang appa beli tadi aku teguk, terus V mendapat panggilan menyuruh kami ke bilik bedah segera.

Sebaik saja sampai, itulah ayat dari doktor yang menerjah gegendang telingaku.

"Hoi... Aku benarkan kau untuk beri penghormatan terakhir kat eomma, lepastu aku nak kau pergi jauh dari hidup aku." Unnie terus melangkah pergi beriringan dengan Han sunbae.

Terus muka aku tutup, menahan esakan tangisan.

Hari ni, secara rasminya aku hilang ahli keluarga aku. Walaupun mereka bukan eomma, appa dan unnie kandung aku, tetap mereka saja ahli keluarga yang aku ada.

.....skip.....

V Pov

Masuk hari ini, dah 3 hari Min menyendiri. Selepas memberi penghormatan terakhir buat eomma.

Dia balik ke penthouse dia. Dan setiap malam juga aku datang. Seperti malam ni.

Namun hampa. Min tak pernah nak bukak pintu.

Aku menyesal sebab tolong aktifkan penthouse ni untuk Min.

Entah dia makan atau tidak aku sendiri pun tak pasti. Rindu tu jangan cakaplah, dah mengunung tinggi.

"Min.... Kau tak bukak pintu ni kalau aku akan pecahkan pintu ni, supaya dah tiada pintu untuk penthouse ni! " jeritku lantang.

"Min....aku robohkan penthouse kau!"

"Min....baik kau bukak sebelum aku suruh orang robohkan bangunan ni!! " aku yakin dia dengar.

"Min.... " setengah jam aku melolong bermacam-macam ayat.

"Min... Ni kali terakhir kau dapat jumpa aku, kalau kau tak bukak pintu ni, aku akan tinggalkan kau selamanya. " ujarku tegas.

Memang degil minah ni.

Badan aku sandarkan kedinding sebelah pintu. Aku terus duduk bersila.

Penat berdiri.

'Klak'

Bunyi pintu dibuka sedikit.

Pantas badan aku dirikan dan menghadap Min.

Bukak pun.... Akhirnya...

"Kau buka juga pintu... " tubuh Min aku peluk erat.

Semakin ringan Min. Sejak kematian appa... Min semakin susut.

Aku terus menyusup masuk ke dalam. Jelas mata Min yang bengkak.

"Duduk sini " badan Min aku dudukkan.

Laju kakiku ke dapur untuk memasak. Walaupun aku lelaki, nak masak tu boleh tau. Lagipun aku dah terbiasa hidup sendiri.

Ramen saja yang ada?!!

Boleh lah dari tak ada apa. Aku yakin Min pasti tak makan apa pun selama beberapa hari ni.

Pisau aku ambil untuk memotong sayur yang ada. Nasib ada sayur.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now