7

1K 60 6
                                    

Taehyung Pov

Sedang Min sibuk mencari bahan untuk memasak, telefon aku berbunyi.

"Helo! Helo! "Aku tidak dapat mendengar dengan jelas.

"Sekejap, saya keluar " kata aku ringkas lalu menamatkan panggilan.

Aku melihat Min masih asyik memilih barang-barang.

'Kejap saja ni' bisik hati aku.

Aku bergegas keluar, rasanya yang menelefon aku tadi, anak buah appa.

Sekarang dah jadi anak buah akulah, sebab aku dah mengambil alih tugas sebagai CEO di syarikat appa, sekaligus aku menjadi ketua kumpulan Dragon High.

Sudah 2 minggu aku memegang jawatan itu, semuanya sangat drastik bagi aku. Tapi aku mampu untuk menyesuaikan diri.

Aku keluar dari pasar tersebut.

Aku melihat line di fon aku juga nampak bagus, jadi aku mendail nombor tadi semula.

"Hello boss" jawab orang tersebut. Sah anak buah aku.

"Ya, ada apa? " soal aku pula.

"Saya baru dapat berita, kumpulan musuh kita dapat tahu boss sudah kahwin. Mereka pasti hantar orang untuk bunuh isteri boss, baik boss berhati-hati. " katanya senada.

"Mana kau tahu" soal aku pelik. Depan anak buah kenalah kawal emosi.

Tapi tengah cakap dalam telefon kan, bukan ada depan ni pun.

"Errrr..... Adalah boss kabel wayar yang saya guna. Tapi maklumat ni sahih boss" katanya.

"Hrmmm, ok, aku busy sekarang." Balas aku semula lalu mematikan talian.

Bukannya aku tak ingin tahu pasal ni, tapi aku risau Min, dah lama aku tinggalkan dia di dalam.

Aku menyimpan telefon aku, dan mula bergerak masuk semula.

Sesampai saja aku di bahagian sayur-sayuran, aku lihat Min tiada di situ.

Aku mengeluarkan telefon untuk menelefon Min. 

Baru aku teringat, aku mana ada nombor telefon Min.

Suami jenis apalah aku ni, nombor telefon isteri sendiri pun tiada.

Aku mencari Min di seluruh kawasan pasar, keluar ke bahagian membeli belah. Semua kawasan aku dah cari, tapi masih tak jumpa.

Takkan lah dia kena culik? Tak sampai setengah jam aku pegi sekejap saja, dia dah hilang.

Aku ke tempat letak kereta, kerana tempat tu saja yang aku belum pergi.

Mata aku meliar mencari kelibat Min.

Kemudian aku mendengar suara orang menjerit.

Ada suara perempuan dan suara lelaki.

Aku meluru kearah tersebut.

Aku nampak beberapa orang lelaki, nampak macam samseng.

Salah seorang daripada mereka mempunyai pisau dan dia seperti ingin membunuh mangsanya.

Kejap!

Orang tersebut adalah Min!

Aku dengan pantas menendang tangan yang memegang pisau tersebut. Akibatnya pisau itu terjatuh.

Mereka berpaling dan terkejut apabila melihat aku.

"Kita berundur dulu. " bisik salah seorang daripada mereka.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now