67 : SPECIAL PART

678 36 0
                                    

Min Pov

Mata aku buka apabila sinaran matahari mula menyinari.

Wajah V yang sedikit sembab aku tatap. Kesian V. Nangis macam budak-budak semalam.

Terus tangannya aku alih dari memelukku dan digantikan dengan bantal.

Langsir kedua aku tutup menyebabkan ruangan bilik menjadi malap semula.

Terus aku mengambil tuala dan mandi.

Selepas siap berpakaian aku terus melangkah keluar.

Sempat aku terpandang V yang sedang mencium bantal dakapnya. Mesti dia fikir tu aku.

Alangkah terkejutnya apabila Hoseok sedang tidur dihadapan bilik, sebaik saja pintu dibuka.

Aku melangkah badannya yang tidur melintang dihadapan bilik.

Siap berlapik bantal dan toto lagi.

Hidungnya aku picit kuat supaya dia bangun.

"Kau apahal! " marahnya sebaik saja segar.

"Kau tu apahal! " balasku terus meluku kepalanya.

Dengan Hoseok aku tak takut nak jadi ganas. Hahahahaha... Walaupun dia lagi tua dari aku.

"Appa suruh aku jaga depan ni! Takut kau buat perkara gila atau bodoh lagi! " balasnya mencebik.

"Aku takkan buatlah! Paboya! " kalini kepalanya aku tunjal lembut.

Cuma mainan minda saja.
Hoseok mengenggam penumbuknya seperti ingin dilayangkan kepadaku.

"Mwo! Nak sparing? Jom! " cabarku bersama sengihan.

Hoseok mendengus kasar.

"Kau memang selalu buli aku! Aku dah lah tiada eomma! " Hoseok mula menunduk.

Lah... Pondan betullah dia ni.

Terus aku memeluk badannya.

"Aku kan ada? " pujukku, walaupun aku tengah malas nak memujuk.

Tapi aku faham Hoseok tak pernah langsung merasai, melihat atau memanggil perkataan eomma. Aku pun tak tahu mana eomma dia pergi.

"Dahlah, tak nak sedih-sedih..." Aku menepuk bahunya.

"Manada sedih, aku cuma terfikir kau dah nak jadi eomma." Balasnya sambil tersenyum. Mata terarah kepada perutku yang sudah menampakkan bentuk.

"Dah-dah, pegi mandi! Kau bau busuk macam setahun tak mandi. " Usikku lagi.

Terus langkah aku atur ke dapur. Lapar. Kandungan yang berusia 3 bulan aku usap lembut.

Kelihatan eomma dan heolmoni sedang menjamu selera di dapur.

"Morning heolmoni, eomma!" Ucapku bersama senyuman.

Mereka membalas ucapanku dengan senyuman.

"Taehyung tak bangun lagi?" Soal eomma.

"Tak lagi, biarlah dia tidur lama sikit." Aku mula makan nasi dan lauk yang terhidang.

"Apa yang bermain dalam fikiran Min?" Soal heolmoni pula.

"Maksud heolmoni? " soalku menginginkan kepastian.

"Dengan berusaha macam ni sekali supaya Taehyung boleh ikut Min? Heolmoni rasa setahun atau dua tahun berpisah takkan jadi masalah..." Ucap heolmoni.

Sepertinya ada perkara yang menarik minatnya.

"Saja, kan Min perlukan Taehyung untuk lindungi Min masa mengandung ni. " aku beralasan.

Gangster High (C)Where stories live. Discover now