2 minggu kemudian .
Jam menunjukkan pukul 5 pagi . Wahie dan Zafira tergesa gesa masuk ke dalam perut kereta dengan kadar segera . Lagi setengah jam mami , baba , mama dan ayah balik !
Entah apa yang merasuk mereka kali ini untuk gerak balik jam 5 pagi . Selalunya paling awal mereka akan balik selepas zohor . Tahulah kali ni naik private jet grandpa !
" Apple ! Ppali ! Aku takut diaorang balik awal . Aku dengar tadi diaorang dah on the way ! " Gesa Zafira cuak .
" Sabarlah ! Kau tak nampak aku dah pecut gila babi laju ni ?! Haish mami ni kenapa tak bagitahu awal awal diaorang plan nak balik awal ?! Tak pernah pernah macam ni asal kali ni jadi macam ni pula ?! Ahhh jinjja ?! " Wahie berteriak geram . Keretanya memecut laju meninggalkan perkarangan kelab malam tersebut .
" Omg omg omg ! Kalau ayah tahu ni mati aku . Ayah mesti tak lepaskan aku lagi lepas ni omg ! " Zafira mengetuk kepalanya ke pintu kereta . Kepalanya ligat berfikir alasan yang perlu dicipta .
Wahie mendengus kuat . " Can you just shut the fucking up ?! Tolonglah kau ingat kau seorang je ke ?! Aku pun mampos kalau baba tahu aku clubbing lagi ! Menyesal aku join party diaorang dahlah jauh ! "
Zafira terdiam . Dia mengigit bibir berdoa agar ibu bapanya belum sampai . Setengah jam untuk ibu bapa mereka sampai bersamaan hampir setengah jam perjalanan mereka balik .
Mereka sampai 15 minit awal daripada masa sebenar yang diambil selalunya . Nasib baik baru pukul 5 pagi . Kereta tak banyak !
Perlahan lahan kaki dua gadis itu berjalan masuk ke dalam rumah . Mereka menghembus nafas lega apabila selamat masuk ke dalam rumah . Diaorang tak sampai lagi !
Wahie menutup pintu rapat lalu berpusing untuk mengikuti langkah Zafira naik ke atas . Namun , langkahnya mati apabila terlanggar tubuh Zafira yang berdiri tegak .
" Cepatlah naik , bangang ! " Marah Wahie .
Zafira terkelu .
Klik !
Lampu menerangi ruang tamu besar itu . Wahie ternganga . Matilah . Sangkaan mereka tadi meleset sama sekali .
Wahie memandang Farhid dan Aryan yang menekur lantai . Tertangkap juga ? Patutlah tak ada inform aku apa apa !
Zafira meneguk air liur kesat . Mukanya pucat seperti ayam berak kapur . Wahie pula tersengih sumbing melihat wajah menahan marah babanya .
" Err .. Mami baba ? mama ayah ? Bila balik ? " Soal Wahie teragak agak .
" Korang pergi mana ? " Tudia soalan cepumas pertama daripada Tuan Raykal .
Zafira sudah mula tidak duduk diam . Matanya merayau rayau disekeliling rumah .
" Im asking you , Tengku Arina Zafira ! Look at me when im talking to you! " Suara Tuan Raykal bergema di seluruh pelosok rumah agam itu .
Bahu Zafira terhincut sedikit begitu juga dengan yang lain . Terkejut . Zafira segera mengangkat mukanya memandang Tuan Raykal .
" I .. I .. I .. "
" I what ?! Where are you going , Wahie !? " Tuan Rayyan pula mengeluarkan suara . Puan Wawa dan Puan Fara kelu . Terdiam berdiri di sebelah suami masing masing . Tak mampu mahu menyelamatkan anak anaknya kerana sudah terang lagi bersuluh anak anaknya bersalah . Tiada apa yang boleh dibangkangkan lagi .

ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...