50

179 16 4
                                    

2 minggu berlalu . Kesihatan Hajah Salwa telah hampir seratus peratus pulih dan hari ini merupakan hari di mana Hajah Salwa dibenarkan pulang ke rumah .

Seawal jam 12 tengah hari lagi Haji Zafran dan Tuan Rayzif sudah bergerak ke hospital untuk menjemput Hajah Salwa . Setelah menguruskan segala hal perihal hospital , mereka pulang ke rumah .

" Wahie mana ? " Soal Hajah Salwa ketika mereka bersantai di gazebo rumah .

Ketika ini hanya mereka anak beranak saja . Yang lelaki sudah kembali ke pejabat termasuk para cucu Haji Zafran dan Hajah Salwa .

Puan Wawa berpandangan dengan adik beradiknya sebelum menjawab . " Kat rumah dia . "

" Wahie tak balik sini lagi ke ? "

Sepi .

Tiada yang menjawab meskipun Puan Wawa sendiri menyebabkan Hajah Salwa mengeluh . Wajah anak anaknya dipandang satu persatu terutama Puan Wawa .

" Malam ni call semua suruh balik dinner . Termasuk Wahie . " Arah Hajah Salwa .

Melihat wajah sugul anak ketiganya itu membuatkan Hajah Salwa mendekati wanita itu . Tangan wanita itu digengam atas peha . Dia tahu apa yang anaknya itu fikirkan tapi masakkan dia mahu membiarkan perkara ini berterusan macam ini je ? Sampai bila persoalannya ?

" Mama tahu apa yang Wawa fikirkan . Tapi Wawa kena fikir juga sampai bila keluarga Wawa nak berpecah belah macam ni . Wawa tak teringin ke nak jadi satu keluarga semula macam B , Atul dan Fara ? "

Puan Wawa kemam bibir sambil menunduk . Bukan dia tak nak tapi she had no idea macam mana nak dekati anak gadisnya itu semula . Macam Aryan kata , dia sedang beri Wahie masa untuk kembali .

Tapi , betul juga kata kata Hajah Salwa . Sampai bila ?

" Tapi Wahie dah jadi isteri orang , ma . " Puan Wawa memandang mata Hajah Salwa .

Hajah Salwa diam .

Tiga wanita itu hanya menjadi pemerhati sejak tadi tanpa niat untuk menyampuk perbualan dari hati ke hati antara dua wanita itu .

" Then jemput sekali family suami dia . Kita bincang majlis untuk diaorang sekali nanti . Kalau kita tak make a move , macam mana Wahie nak dekat dengan kita semula . Remember , you guys juga yang buat Wahie jauh dari kita so you guys juga yang sepatutnya bawa Wahie balik semula ke sini . "

Puan Wawa menghela nafas panjang lalu senyuman diberikan kepada Hajah Salwa . Dia setuju dengan apa yang Hajah Salwa katakan . Dia dan Rayyan yang menyebabkan huru hara ini berlaku jadi mereka juga yang sepatutnya betulkan keadaan ini semua .

Bukan hanya berserah pada takdir . Setiap perkara perlukan usaha , right ?

Puan Salwa yang melihat senyuman anaknya itu turut mengorek senyuman manis . Tangan Puan Wawa digosok sebagai tanda memberi semangat .

" Bincang dengan Rayyan elok elok . Kalau tak boleh malam ni , hari lain boleh . "

Puan Wawa mengangguk . Memang itu yang dia fikirkan , dia perlu berbincang dengan Rayyan . Lagi lagi perihal majlis untuk Wahie . Dia tahu suaminya itu agak terkilan apabila mengetahui Wahie berkahwin tanpa pengetahuan mereka . Sudahlah Wahie hanya satu satunya anak gadis mereka .

Puan B , Puan Atul dan Puan Fara menghela nafas lega . Akhirnya keluarga besar mereka bakal kembali lagi malahan bertambah ahli lagi . Siapa sangka Wahie menjadi cucu Haji Zafran dan Hajah Salwa yang pertama naik ke jinjang pelamin ? Alangkan Amira cucu sulung pun masih solo . Date yang mereka aturkan beberapa tahun lepas tak berjalan !

Majlis untuk cucu pertama naik pelamin mesti dibuat besar besaran ! Masing masing sudah membayangkan kemeriahan majlis tersebut .

Haih perempuan , kan ?

Bad Girl .Where stories live. Discover now