" Aik ? Dah taubat tak keluar malam ke ? " Satu kepala terjengul di pintu dengan sengihan tak bersalah .
Enam pasang mata memandang ke arah pintu sekilas sebelum dijeling orang itu .
Orang itu tersengih seraya berjalan masuk ke dalam bilik mereka bertiga . Sebiji bantal dipeluk erat .
" Apa ni korang tidur bilik besar . Aku nak juga ! " Kata gadis itu lagi separa tidak berpuas hati setelah tegurannya tadi tidak dilayan langsung .
Dia masih lagi tidak dilayan oleh mereka bertiga .
" Hmm tak apa . Sekejap aku panggil Adaw join kita ya ? Baru seronok semua ada sekali . " Sekejap je dia sudah memecut keluar dari bilik dan
" What the ? " Zarifa memandang pintu bilik mereka yang tidak ditutup semasa gadis itu berlari keluar tadi .
Tak lama kemudia muncul dua gadis di muka pintu . Gadis tadi masih dengan sengihan sumbing dibibirnya dan Adawiyah berjalan masuk mata menghadap skrin telefon tanpa memandang hadapan . Ni kalau jatuh tertonggeng baru padan muka kau .
Gadis itu masuk lalu menutup pintu rapat sebelum memanjat naik katil milik Zarifa . Sengaja dia menjengah jengah buku yang dibaca oleh Zarifa .
Zarifa mengetap bibir bengang . Sudahlah naik atas katil orang tak minta izin , sekarang menyibuk pula . Pantang sungguh dia jika ada orang menganggu ketenteramannya ketika membaca buku . Susah nak fokus !
" Menyemaklah kau ni , Aisyah ! Dahlah kau nak tidur sini sangat , tidurlah ! Biar aku tidur bilik kau dengan Adaw . Dasar semak ! " Marah gadis berambut paras bahu itu . Dia mengemas semua buku berada atas katilnya lalu diangkut keluar bilik dan menuju ke bilik Adawiyah .
Aisyah masih lagi dengan sengihan tidak bersalahnya . Dia memandang ke arah sepupu yang lain pula . Zafira sedang mewarnakan kuku diatas katilnya dan Wahie sambil mendengar lagu .
Wahie pula sedang termenung di balkoni bilik . Sesekali rambutnya beralun ditiup angin malam . Adawiyah pula masih lagi tekun dengan telefon pintar . Entah dengan siapa siapa yang dia sedang berchatting sampaikan tidak menghiraukan yang lain .
Eh wait- Wahie sedang termenung ? Sekali lagi kepala Aisyah pusing ke arah balkoni bilik , di mana Wahie sedang duduk termenung . Sengihan nakal kembali menghiasi bibirnya . Jarang nampak Wahie termenung . Jadi , inilah masanya untuk kita kenakan dia !
Perlahan lahan dia berjalan ke arah Wahie . Semakin dekat sehingga berada di belakang gadis itu namun gadis itu masih lagi tidak sedar akan kehadirannya di belakang . Dia mengemam bibir , tangannya naik menyentuh kepala Wahie dan ditolak kepala itu kuat sehingga terdorong ke hadapan sedikit .
" Apa masalah kau ni ?! " Suara Wahie memekik kuat sehingga menyebabkan telefon Adawiyah terpelanting terkena kaki Zafira .
Zafira ketap bibir geram memandang Adawiyah tajam . Habis kuku yang diwarnakan tadi comot sehingga terkena kulit .
" Oh no , sorry Firaa . Aku tak sengaja . Aku terkejut dengar Wahie jerit . " Riak bersalah jelas terpampang diwajah Adawiyah .
Pantas telefon atas kaki Zafira diambil . Telefonnya sedikit comot kerana terkena pewarna kuku Zafira tadi dilap pada baju tidurnya sehingga bersih .
" Gosh- my nails- urgh ! " Zafira membaling botol pewarna kukunya sehingga pecah ke dinding . Dia mendengus kuat sambil memaki hamun dalam hati geram sebelum bangun lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan kukunya .
" Ayok Wahie . "
" Its your fault . Kau pahal nak tolak tolak kepala aku ? Tak ada kepala ke sial ? "
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...