Seorang gadis berambut ikal mayang memakai sweatshirt berwarna hitam bersama skinny jeans hitam tergesa gesa berlari anak memasuki premis starbuck itu .
Bersama nafas termengah mengah matanya melilau mencari rakan rakannya . Dia terus berlari kecil ke arah sebuah meja yang menempatkan beberapa orang remaja sebayanya .
" Hi guys . Sorry i'm late . Dah lama ke korang sampai ? " Kerusi disebelah seorang gadis yang sedang memangku wajahnya menggunakan tangan ditarik lalu punggungnya dilabuhkan di situ .
Tujuh pasang mata kecuali gadis disebelahnya itu memandang tepat padanya . " Sampai pun kau , Syira . Ingat tak jumpa jalan tadi . Tak adalah , baru je dalam 10 minit gitu . " Jawab salah seorang dari mereka .
Syira mengangguk sambil tersengih . " Tadi aku cari baju tak jumpa . " Jawabnya . Hah typical perempuan ;; baju penuh beralmari tapi tetap dikatanya tak ada baju .
Aryan dan Farhid yang mendengar alasan gadis itu mengulingkan biji mata . Dah tahu sangat girls macam mana . Tengok sajalah Wahie dan Zafira di rumah !
" Ha ni apahal muka masing masing macam tenuk je ? Wahie ? Lain macam je ? " Soal Syira pelik . Yelah muka masing masing macam tertelan tempe basi je . Kemurungan habis !
" Abang aku tak bagi kita kawen eh kawan . " Jawab Dya bersama satu keluhan panjang .
Rahang Syira jatuh mendengarnya . " Sebab semalam ? No , sebab ni je korang semua kemurungan macam baru lepas pergi kebumian crush korang ? "
" Yea , but its not the topic . Now kalau abang bagitahu mummy and daddy , mamposlah aku kena kurung dalam rumah sebulan langsung tak boleh jejak keluar ! "
" Kolej ? "
" Daddy amek home tutorlah apa lagi tak pun abang aku tu dah ada dah ciri ciri nak jadi lecturer tak diiktiraf untuk aku ! " Meja ditepuk kuat menzahirkan rasa geram yang tidak terperi . Ewah ayat .
Beberapa orang pengunjung terdekat menoleh ke arah mereka membuatkan Syira menekup muka . Yelah orang tu bagi pandangan bruh - sis - masalah - rumah - tangga - settle - kat - rumahlah - dah - kata - RUMAH - TANGGA .
" Erk chill Dya chill . Orang tengok , malu weh malu . " Syira cuba menenangkan Dya yang semakin agresif itu . Habis diketuk kuat meja itu . Pekerja Starbuck mula memandang ke arah mereka . Ha berani nak halau kitaorang ? Kitaorang bayar GST tau !
" Tapi itu baru masalah Dya , belum masalah aku kalau abang Dya bagitahu mama papa juga . Ha masalah diaorang lagilah . " Sampuk Arishah yang kurang dialog semenjak watak dia wujud .
" Habis tu macam mana ni ? Aduh tang tang nilah problem berdesup masuk pada kita . "
" Aku rasa dalam sebulan dua ni kita tak payah keluar . Kalau nak jumpa , datang rumah salah seorang dari kita . Amacam ? " Aisyah tiba tiba bersuara .
Nak harapkan idea dari Aryan dan Farhid ? Kempunanlah . Dari tadi duduk macam orang tak makan seminggu je gayanya macam orang dah nak mati ! Tak ada tenaga padahal baru diugut oleh baba dan ayah je .
Katanya , jika mereka tak mahu berubah , duit belanja akan dipotong 70% , Iphone akan dirampas bersama Laptop . Dan mereka kata lagi mereka tidak akan teragak agak untuk menambah lagi pengawal keselamatan pada setiap penjuru rumah atau nak lebih kejam , mereka akan kahwinkan diaorang dengan anak anak rakan mereka yang sudah bekerjaya bagi empat gadis itu dan dua jejaka itu akan dimasukkan ke dalam kem latihan askar sekiranya membantah atau masih lagi tiada perubahan . Ha tak pasal pasal nama Aisyah dan Adawiyah naik juga setelah dipersetuju oleh ayah masing masing .
Wth , hampir pengsan mereka enam orang mendengar perkara tersebut . Tang tang situ juga Wahie menunjukkan jari tengahnya kepada Aryan dan Farhid tanpa berselindung . Kalau tak sebab diaorang mabuk teruk sampai tak sedarkan diri , benda ni tak teruk sampai macam ni ! Urgh nasib baik baba tak tahu pasal jantan tu fucked betina mana entah semalam . Ergh !
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...