Pengumuman tentang kolej mereka bakal menjadi tuan rumah untuk perlawanan bola sepak dan bola keranjang peringkat kolej untuk tahun ini tadi menarik perhatian Wahie .
Perlawanan bola sepak dan bola keranjang ? Menarik . Jarang sekolah atau tempat pengajian di Malaysia ini mengambil bahagian sukan bola keranjang . Pasti ada pasukan sorak . Aku mesti sertai pasukan itu . Bisik Wahie .
Sememangnya dia adalah salah seorang ahli pasukan sorak sejak di bangku sekolah ketika disekolah lamanya di Korea . Begitu juga Zafirah . Aisyah pula sedikit berlainan dengan mereka berdua , Aisyah lebih cenderung ke arah menyertai segala jenis sukan disekolahnya .
Wahie menoleh ke arah Adawiyah yang sedang seronok berbual bersama rakannya yang tidak dikenali . Dia mahu mengambil tahu tentang pelajar sini ? Simpang malaikat !
" Adaw . " Panggil Wahie .
Adawiyah masih lagi leka dan tidak mendengar panggilan Wahie . Ditambah pula dengan keadaan kelas ini yang seakan akan pasar awam . Untuk subjek pengajian am , mereka berada di kelas yang sama .
Sepatutnya ada kelas tapi tiba tiba pensyarah matapelajaran mereka sekarang perlu mengadakan mesyuarat pembincangan untuk perlawanan akan datang itu . Last minute pula tu . Jadi ramai yang malas mahu keluar dan decide untuk tunggu dalam bilik tutor ini untuk subjek selepas ini .
Wahie berdecit geram . Perempuan ini , kalau dah berbual memang tak ingat dunia ! Bergosip apalah tu .
" ADAWIYAH ! " Jerit Wahie kuat sehingga kelas itu menjadi sepi .
Semua mata memandang ke arahnya . Wahie membalas pandangan mereka bersama poker facenya .
" Apa pandang pandang ? Ada aku panggil korang ke ? "
Sejurus Wahie bercakap , mereka terus menyambung aktiviti mereka yang tergendala akibat jeritan Wahie tadi .
Adawiyah mendekati Wahie lalu menyoal gadis itu . " Kenapa kau panggil aku sampai menjerit kuat tu tadi ? "
" Aku nak tanya , dalam sekolah ni ada pasukan sorak ke tak ? " Terus terang Wahie menyoal tujuan dia memanggil sepupunya itu .
Adawiyah berfikir 5 saat sebelum mengangguk . " Ada kot . Cuma aku tak tahu siapa handle kelab tu . Cuba kau tanya Nadzim . Dia tahu semua perihal kolej ni plus dia ramai kawan exco sukan . Kau panggil aku bagai nak rak , rak roboh sebab ini je ? "
Adawiyah membuat muka tenuknya .
Wahie mengangguk faham . " Okay terima kasih . Tadi aku dah panggil tapi kau tak dengar so aku tak dapat fikir altenatif lain , selain menggunakan highnote aku . "
" Shit . " Adawiyah mencarut kecil sebelum kembali kepada rakannya tadi .
Tidak lama kemudian muncul Zafira dan Aisyah masuk ke kelas bersama nafas termengah mengah . Main kejar kejar siapa sampai dulu dia menang dari tandaslah tu .
-
Break untuk lunch tiba .
Wahie merempuh masuk ke dalam barisan dikaunter makanan . Orang lain ? Siapa kisah ?
Selesai membeli sebungkus roti coklat , Wahie berjalan ke arah meja mereka bersama Zafira . Tetapi gadis itu sudah pun berlari ke arah mereka yang lain terlebih dahulu .
Sedang beberapa langkah lagi untuk sampai ke meja itu , tiba tiba badan gadis itu dirempuh oleh seseorang yang membuatkan baju kurung gadis itu basah akibat tumpahan air yang dibawa oleh orang itu . Wahie menjerit kecil membuatkan banyak mata mata memandang ke arah mereka .
oh ya Wahie dan Zafira dah mula berjinak jinak memakai baju kurung . Perubahan yang bagus , kan ?
Mata Wahie membulat besar melihat bajunya . " What the- "

YOU ARE READING
Bad Girl .
عاطفية+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...