Empat pasang suami isteri menjejakkan kaki di tanah negeri bawah bayu ini . Mereka tersenyum gembira . Kelibat seseorang dicari .
Tiba tiba satu tangan menepuk bahu Tuan Rayzif daripada belakang . " Yow gais . Lama tak jumpa ! "
Hampir bersilat lelaki itu akibat terkejut ditepuk bahunya secara tiba tiba . Segera lapan kepala menoleh ke belakang .
" Hoi kau ! Waalaikumusalam ! " Rayzif bercekak pinggang memandang gerangan yang mengejutkannya tadi .
Lelaki itu tersenyum sumbing . Malulah pula kena perli depan depan . " Hehe assalamualaikum ! Sorrylah guys lambat aku masalah sikit tadi korang dah lama turun flight ke ? " Soalnya sambil mereka bersalaman .
" Waalaikumusalam . Mana ada lambat , Ham . Kitaorang pun baru turun dari flight tadi gerak lambat sikit si Wahie tu ha boleh demam pula . " Jawab Tuab Rayyan mewakili yang lain .
" Ni Ezham , mana Ezzah ? Tak ikut ? " Puan Fara bersuara sambil matanya meliar ke sekeliling .
Tuan Ezham baru saja ingin membuka mulut tetapi terbantut apabila seorang seseorang bergema memasuki gegendang telinganya .
" HUWAAA MYYY PIGGYSEA ARE HERE !!! " Ha itu dia penternak babi laut seluruh alam semesta ini sudah sampai .
Terkedek kedek seorang wanita berlari ke arah mereka sambil dikedua belah tangannya penuh dengan makanan .
Terkebil kebil empat wanita kembar itu menyaksikan babak tersebut .
" Ini ke yang dikatakan fashion designer terkenal tu ? "
" Ini ke pemilik butik yang meletup kebabom sehingga ke seluruh dunia itu ? "
" Kawan aku ke ni ? "
" Korang kenal dia ke ? Siapa dia ni ? "
Ha sudah masing masing .
Puan Ezzah memuncungkan bibir . Termengah mengah dia menarik nafas lelah akibat berlari tadi . Semua makanan diberikan kepada Tuan Ezham . Apa ni gais kutuk aku depan depan ?!
Puan B , Puan Atul , Puan Wawa dan Puan Fara masih lagi statik berdiri tegak dihadapan Puan Ezzah tanpa apa apa reaksi . Hampir tergelak suami masing masing melihat mereka berlima .
" Weh apa ni ! "
" Kau siapa ? "
Hampir menangis Puan Ezzah kerana mereka membuatnya begini . Aik ? Dulu suka sangat tergelak , sekarang suka menangis pula ?!
" Bodoh kau pehal nak nangis ? Dah bertukar jadi saddy frog pula ke ? HAHA bapak ah gembing sial ! " Empat kembar itu bantai gelak bersama sama melihat air mata mulai bergenang ditubir mata wanita sebaya mereka itu .
" Fuck you , girls ! I miss you separuh nak mampos macam cilaka korang buat aku gini lahanat punya membe dasar babi laut tak guna . "
Para suami terngangga . Isteri aku ke ni ? Gila savage kaki carut tak hilang lagi rupanya ! Ingat lepas kahwin masing masing dah taubat rupanya bila jumpa member perangai anak dara datang balik . Jiwa muda ha kau !
" Gila ah kau dah tak boleh lek lek dah ek sekarang ? Mental rabak ke weh ? hahahaha kitaorang pun rindu kau jugalah , kerbau busuk ! Huhuhu . " Dan mereka terus saling peluk antara satu sama lain .
Muka masing masing jangan cakaplah , tercebik cebik cover nak menangis . Hekle nangis jelah apa susah ?
Tapi , tak apa tak nak teruskan sesi ni daripada berlanjutan baik kita kacau . Kalau tak , sampai esok tidur mandi makan semua kat sini . Bisik Tuan Ezham sebelum berdehem .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...