Hari ini genap dua minggu mereka menjadi pelajar di kolej itu . Selama seminggu itu juga banyak kali mereka keluar masuk HEP . Sudah diberi amaran beratus kali tetapi mereka tetap membuat masalah sehinggakan pihak kolej tiada idea lagi untuk menghukum mereka .
Sejak hari pertama lagi mereka sudah pun terkenal di kolej itu dari pelbagai sisi ;; rupa paras , kepandaian , darjat dan juga tingkah laku mereka yang selalu membuat onar itu . Hendak dibuang , Haji Zafran adalah orang paling terpengaruh dalam kolej itu yang banyak memberi sumbangan dalam pelbagai aspek .
Tuan Rayyan dan Tuan Raykal juga sudah penat menasihati anak anaknya itu . Bukannya mereka semakin mengecil malahan semakin membesar dan sudah mempunyai akal , boleh berfikir dengan baik . Tetapi , masing masing tak habis membuat perangai . Membuli , memukul pelajar lain , mengsabotaj guru , ponteng kelas , tidak menyiapkan kerja dan macam macam adalah rutin harian mereka terutama Wahie dan Zafira . Itu belum termasuk Aryan dan Farhid telah banyak dilaporkan meraba pelajar perempuan . What the ? Mereka memang amat memeningkan ! Syukur Zarifa kurang membuat masalah .
" Weh , petang ni keluar nak ? Pergi shopping . " Ajak Arishah . Wajah Dya , Adawiyah , Zafira , Wahie dan Zarifa dipandang penuh berharap .
Ketika ini mereka sedang berjalan menuju ke cafe bersama sama sebelum masuk ke kelas . Aryan dan Farhid ? Sudah lama lesap . Katanya ada perkara hendak dibuat . Usya awek lagi buat stoklah tu .
Mereka berkawan ? Ya , semenjak mereka berkenalan pada hari pertama , mereka terus rapat dan menjadi kawan . Lagipun , mereka sama sama pelajar baru dan sedikit anti sosial yang menyebabkan mereka sukar untuk mencari kawan . Tambahan lagi , kebanyakkan pelajar di situ gerun dengan Wahie dan Zafira .
Iyelah , takut dibuli . Dan ada antara mereka yang tidak menyukai kewujudan gadis gadis itu automatik menjadi haters mereka . Hanya Dya dan Arishah je yang bersungguh sungguh mahu mereka menjadi kawan rapat . Kata mereka , Wahie dan Zafira sebenarnya baik dan tiada langsung perasaan gerun mereka kepada dua gadis itu seperti pelajar lain .
" Kunci kereta aku kena rampas dengan baba . " Balas Wahie tanpa memberi jawapan .
" Kereta aku dah nazak kat bengkel bulan lepas masuk longkang . Heee . " Adawiyah tersenyum menampakkan gigi dan membuat peace dipipi .
" Aku on kalau Wahie on . Ah nak shishi pula . Korang pergi kanti dulu nanti aku sampai . Rifa , teman aku ! " Terus tangan adik kembarnya itu ditarik menuju ke tandas tanpa sempat Zarifa membantah .
" Tak apa . Biar aku dengan Dya ambil korang . On x On ? " Arishah mengerdipkan matanya berkali kali memandang Wahie .
Wahie menjeling . " Stop it . Aku tersangatlah jijiksss tengok kau buat muka macam tu tahu tak ? Macam hanjing minta simpati . "
Arishah mengetap bibir geram . Matanya tajam memandang poker face Wahie .
Wahie mengangkat keningnya memandang Arishah . " What ? Kau fikir aku takut ? "
" Kau .. Dyaa !! Tengok Wahie ni !! " Arishah mula merengek rengek pada Dya . Hujung tudung Dya ditarik tarik bersama muka mencebik cebik hendak menangis .
Dya mengerutkan dahi . Dia ni suka sangat buat hal lepas itu mencebik cebik nak nangis lepas itu mengadu dekat aku . Cengeng betul kawan baik sejak kecilnya ini . Sudahlah yang ditarik tariknya tudung gue , sampai senget jadinya . Ini yang boleh mendatangkan marah ni !
" Eh kau ni nak mengadu ke nak cari gaduh dengan aku ? Baik kau lepaskan tudung aku sebelum aku wrestling kau kat sini . "
" Alaaa Dyaaa .. Sampai hati kau ! " Arishah menghentakkan kakinya tanda protes .
Dya menjelirkan lidah . " Sampai hati ke sampai kaki baik kau jalan cepat sebelum aku makan kau kat sini . Aku tengah lapar tahap dewa ni kau boleh pula buat drama kindergarden kat sini ?! " Wahie dan Dya turut berhenti jalan dan berpaling pada Arishah yang sedang protes itu . Dya bercekak pinggang .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...