" Weh korang dah tahu ? Next month ada family day . " Aisyah mula membawang .
Katil Zafira dan Wahie terus dipanjat tanpa meminta izin terlebih dahulu yang membuatkan dua gadis itu mahu saja menolak Aisyah ke dalam kolam . Suka hati dia je naik atas katil orang tak bagi salam !
" Family day ? Pehal aku tak tahu pula ni . " Farhid yang sedang berlawan Fifa dengan Aryan menoleh . Jelas dahinya berkerut pelik .
" Apa yang kau pelik sangat ? Kan memang tradisi buat family day ni woi dahlah jom sambung apahal pause pula aku dah nak menang tau tadi ! " Aryan mencepuk belakang kepala Farhid membuatkan jejaka itu hampir tersungkur .
" Sakitlah cibai ! Aku lebih tua dari kau tau , apahal kau susah sangat nak hormat aku ni ?! " Marah Farhid . Belakang kepalanya digosok perlahan menghilangkan rasa sakit sambil menjeling Aryan yang bersahaja itu .
Aryan mencebik . Kisah apa kau lagi tua ke lagi muda ke siapa suruh jadi cousin aku . Permainan video kembali dimain semula .
Adawiyah mengelengkan kepala melihat sepupu sepupunya itu . Itu baru berdua , belum masuk abangss kembarnya lagi mahu berwrestling mereka berempat kalau kembar itu turut serta sekarang ini .
" Memanglah kau tak tahu sebab diaorang belum bagitahu kita lagi . Aku tahu pun sebab aku terdengar perbualan bapak bapak kita kat ruang tamu tadi . Tunggu jelah diaorang bagitahu nanti . " Balas Aisyah bagi soalan Farhid tadi .
Tok ! Tok !
Seseorang mengetuk pintu bilik . Tak lainlah tu mesti maid . Setelah diberi kebenaran masuk barulah pintu dibuka dari luar dan terjengul kepala Rina , maid paling muda dalam rumah agam ini yang mereka gelarkan Kak Rina .
" Kenapa kak ? " Zarifa menyoal sebaik saja Rina menunjukkan wajah manisnya .
" Tuan panggil cik semua turun ada benda nak bincang katanya . " Ujar Rina bersama senyuman manis dilemparkan kepada cucu cucu majikannya .
" Nak bincang apa lagi ? Malas do nak turun . " Rungut Wahie disebelah Zafira .
Adawiyah mengangguk kepada Rina . " Okey kak thank you kejap lagi kitaorang turun . "
Sejurus Adawiyah berkata demikian , dia terus meminta diri untuk keluar . Pintu ditutup rapat semula seperti awal dia masuk tadi .
" Dah jom turun . Mengamuk baba kau nanti kang . Farhid , Aryan . " Ajak Aisyah yang sudah sedia turun dari katil . Wahie dipandang .
Wahie mencebik . " Perlu ke turun ? "
" Perlu . Mana tahu nak cakap pasal family holiday tu . " Jawab Adawiyah sedikit teruja .
Sebenarnya ini yang dia tunggu tunggu . Sememangnya setiap tahun keluarga mereka akan mengadakan family day dan setiap kali family day ini diadakan , dialah manusia paling gembira sekali lagi lagi tahun ini . Sebab apa ? Sebabnya dengan hanya family day ini sajalah dia dapat berkumpul dengan sepupu sepupunya tetapi kebiasaannya Wahie dan Zafira jarang menyertai mereka tapi tahun ini agak lain kerana dua gadis itu juga akan turut serta yeah !
" Dahlah jangan nak malas sangat jom turun ! " Terus tangan Wahie dan Zafira ditarik .
Dua gadis itu yang langsung tak bersedia hanya mampu redha mengikut langkah Adawiyah dan Aisyah manakala Zarifa pula awal awal dah keluar dulu . Farhid dan Aryan sedang mengemas permainan video dihadapan televisyen sebelum turun .
" Hi cucu cucu nenek . Come , duduk . "
Masing masing mengambil tempat duduk masing masing . " Ada apa ? " Soal Aryan terus tanpa berlengah .
![](https://img.wattpad.com/cover/97199370-144-k437601.jpg)
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...