Aryan melangkah masuk ke dalam rumah sambil diikuti Amsyar dan Wahie di belakang . Wahie hanya menunduk bermain dengan jarinya sambil mukanya separuh ditutupi dengan selendang merah jambu yang dipakainya . Sejak keluar dari pejabat agama tadi suasana yang mengelilingi mereka bertiga hanya sepi .
Aryan dengan muka bersahaja . Amsyar dengan muka tanpa reaksinya seperti selalu . Aryan menghela nafas sebaik saja dia melabuhkan punggung ke atas sofa . Amsyar mengikuti . Wahie menuju ke dapur untuk membuat air .
" Aku tak tahu sampai mana korang punya make love tadi but korang nampaknya ganas ya . Am , tak sangka . Sampai bertanda leher adik aku . Banyak pula tu . " Aryan tersengih tanpa rasa bersalah .
" Aryan ! " Jerit Wahie geram . Mahu je dia baling mug ni tepat ke kepala Aryan . Biar biul terus !
Amsyar pula mengosok lehernya selepas diusik Aryan . Malu . Tak sangka boleh begitu jelas dan banyak pula hickey di leher Wahie . Mujur tak lebih .
" Tapi apa apa pun congrats walaupun korang nikah express macam ni . Cepat cepatlah ya bagi aku anak sedara aku dah lama tak main dengan baby ni . "
Wahie yang baru tiba dari dapur sambil menatang dulang mengulingkan biji mata . Belum apa apa dah minta anak sedara . Apa dia ingat senang macam minta gula gula ke nak dapat anak tu ?!
" Aku pun nak minta maaf sebab dah sentuh adik kau . Aku .. entahlah aku tak tahu macam mana boleh hilang kawalan . " Amsyar bersuara kesal .
Wahie menunduk . Dia juga rasa bersalah kerana membiarkan Amsyar menyentuhnya tanpa apa apa ikatan sehingga tertangkap basah . Tapi , apa maksud Amsyar dengan semua yang berlaku tadi disebabkan cinta ? Wahie mula tertanya tanya .
Aryan mengelengkan kepala sambil tergelak . Bukan dia tak tahu sebenarnya Amsyar tangkap cintan dengan Wahie ! Sebab itu dia menyuruh Amsyar untuk melakukan rancangannya ini . Dan dia juga sedar Wahie sedikit sebanyak mula mempunyai perasaan pada Amsyar selepas ditinggalkan Darren beberapa bulan lepas .
" Aku tahu malam ni first night korang tapi aku kisah apa . Aku nak tidur sini juga . Tiada bantahan okey ? " Aryan bersandar sambil menyicip sedikit air panas yang dibuat oleh Wahie tadi .
" Whatever , Aryan . Hmm Am , kalau awak nak tidur sini . Masuk je bilik melainkan awak nak tidur dengan Aryan . Sis tidur dulu bye guys . " Pesan Wahie sebelum mengorak langkah ke biliknya meninggalkan dua jejaka itu .
Aryan dan Amsyar saling berpandangan sebaik saja bayangan Wahie hilang dari pandangan . Bibir Aryan mengoyak senyuman penuh makna .
" Goodjob , bro . Walaupun aku tak ada sebut pasal kau kena sentuh dia . " Ucap Aryan perlahan hanya untuk perbualan mereka berdua saja .
Amsyar berdehem sebelum tersengih malu . Mata dihalakan ke hadapan memandang tingkap yang terbuka dan menampakkan bulan bercahaya terang . " No hal , bro . Aku pun tak nak dia pergi . "
Aryan melebarkan senyuman . He knew it .
-
" Hari ni kita lunch kat rumah . Aku dah suruh Wahie masak . " Pesan Aryan sebaik saja mereka keluar dari perut lift .
Amsyar menunjukkan isyarat okey kepada Aryan sebelum masing masing menghilang masuk ke dalam bilik masing masing .
Amsyar duduk di kerusinya . Beberapa buah fail yang berada atas meja tidak diambil peduli . Dia duduk bersandar tenang sambil fikirannya merewang ke suatu tempat yang membuatkan bibirnya mengukir senyuman .
" Tengku Wahie Aryana .. " Serunya perlahan dengan senyuman masih tak lekang dari bibir malahan semakin lebar .
Siapa sangka gadis itu sudah selamat bergelar isterinya dalam jangka masa yang singkat . Dia juga masih sukar untuk mempercayainya namun inilah realitinya .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...