49

206 10 2
                                    

" Aisy . " Satu tepukkan pada bahu menyebabkan jejaka itu terkejut . Dia berpusing 60 darjah .

" Eh pa , ma . Kenapa tak call Aisy dah sampai ? " Tangan tua milik ibu bapanya disalam dan dicium hormat . Rambut adik perempuannya digosok bagi serabut sehingga memuncung gadis itu .

" Tak apalah kami boleh cari sendiri . Mana nenek isteri kamu dengan mak mertua kamu tu , Aisy ? " Tuan Afiq menyoal .

Amsyar menunjuk ke arah wad yang berada di hadapan mereka ini . " Diaorang diletakkan dalam satu wad . Tapi kejap lagi mak mertua Aisy dah boleh discharge dah . Diaorang tengah kat dalam tu . "

Serentak mereka mengangguk faham . Kepala Amisya terjengah jengah seperti mencari seseorang .

" Abang . " Kening kiri Amsyar ternaik memandang adiknya itu .

" Mana satu kakak ipar Sya ? Sya nak jumpa dia . "

" Haah , Aisy . Mana dia ? Mama pun tak sabar nak jumpa dia . Nak tunggu Aisy bawa dia balik rumah , berkurun ! " Puan Aqilah mula bersuara .

Amsyar tersengih sambil mengosok leher . Aih mama dia ni tak tahu sabar ! Orang baru kahwin 3 hari , bukan dia tak tahu cara kitaorang kahwin macam mana . Express habis !

" Wahie pergi tandas . Tu yang Aisy duduk luar sini . Segan nak join family diaorang kat dalam tu . Ma , bukan Aisy tak nak bawa Wahie tapi kitaorang baru nikah 3 hari ma . "

Puan Aqilah menjeling manja anaknya . Alasan !

Beberapa saat kemudian Wahie muncul . Terkebil kebil dia memandang Amsyar , clueless . Dia berdiri di sebelah Amsyar tegak seperti dapat mengagak gerangan keluarga di depannya ini apabila teringat Amsyar memberitahunya tadi bahawa keluarga lelaki itu ingin melawat mami dan neneknya .

" Ha ni Wahie . Sayang , kenalkan ini my family . Mama , papa and Amisya . Mama , papa , Sya kenalkan ini isteri Aisy , Wahie . " Perkenal Amsyar .

Wahie mengukir senyuman manis . Baru saja dia ingin menghulurkan tangan untuk bersalam , tiba tiba tubuhnya ditarik masuk ke dalam dakapan Puan Aqilah . Terkaku Wahie dibuatnya .

" YaAllah , cantiknya isteri kamu , Aisy ! Terima kasih sebab jadi menantu mama , Wahie . " Perlahan lahan Wahie membalas pelukkan Puan Aqilah sebelum dileraikan beberapa saat kemudian .

" Terima kasih mama terima Wahie walaupun Wahie dengan Amsyar nikah secara mengejut . " Wahie menunduk sambil bermain jari . Dia agak malu dan berasa serba salah terhadap keluarga Amsyar . Mereka terlalu baik .

Kalaulah dia tidak mengikut nafsu ...

" Tak apalah , Wahie . Itu semua takdir Allah dah tentukan . Dah jodoh kamu berdua datang dengan cara macam itu , nak buat macam mana . Yang penting dah halal . " Ujar Tuan Afiq lembut . Wahie mengemam bibir sambil mengangguk .

Sempat dia menyalami dan mengucup tangan lelaki bergelar bapa mertuanya itu dan mengucapkan terima kasih .

Amsyar terdiam . Perasaan bersalah mula menjalar hatinya . Kalaulah Wahie tahu semua ini adalah plannya dan Aryan ....

" Eeeyy cantiknya kak Wahie ! Patutlah abang tergila gila . Akak ada mix ke ? Kenapa muka akak tak berapa nampak macam orang melayu ? " Amisya laju mencelah . Tangan Wahie disentuh .

Wahie tersenyum seraya mengangguk . " Akak ada darah Korea . "

Amisya melopong . " Patutlah ! Akak pakai skincare apa ? Cantiknya skin akak ! Licin jeee ! "

Wahie tergelak kecil melihat telatah adik iparnya . Alahai comel ! Amsyar menjeling , buat perangai dah budak ni !

Tiba tiba pintu wad terbuka . Muncul wajah Aryan sambil diikuti Haji Zafran dan pasangan kembar itu .

Bad Girl .Where stories live. Discover now