21

197 16 2
                                    

Gosip tentang baju yang dipakai oleh Wahie ialah baju milik Nadzim , semakin menular keseluruh sekolah . Bermacam macam spekulasi liar yang dikeluarkan oleh mereka tanpa mengetahui cerita yang sebenar .

Tetapi Wahie , tahu sajalah sikapnya yang langsung tidak mengambil pusing tentang masalah remeh itu bahkan dia lagi sengaja memulangkan baju itu kepada Nadzim dihadapan ramai pelajar ketika semua pelajar sedang rehat dihadapan bilik lelaki itu . Sengaja mahu menaikkan lagi api amarah para peminat lelaki itu .

" Weh Wahie , kau ada dengar gosip terbaru tentang kau dan Nadzim ? Kau tak nak buat sesuatu ke ? Benda ni semakin melarat weh ! " Ujar Adawiyah dengan nafas termengah mengahnya baru pulang dari tandas bersama Aisyah tetapi entah hilang je mana pula gadis itu bersama Zafira .

Wahie mengulingkan biji mata . " Biar jelah diaorang nak bergosip pasal aku dengan Nadzim yang bukan bukan pun . Senang aku dapat pahala free and diaorang dapat dosa . " Balasnya bersahaja sambil mengunyah gula gula getah lalu ditiup menjadi belon kecil dan dipecahkan dan dikunyah semula .

Tampak seperti bad girl sangat .

Cepat Adawiyah mengelengkan kepala cemas . " Tak boleh ! Kau tahu tak sekarang dah naik gosip apa ? "

" Adaw , aku malas nak ambil tahu pasal benda entah apa apa yang budak budak noob kolej ni buat . So , please ? " Kepalanya diletak diatas meja cafe , bersedia untuk tidur memandangkan hari ini kelas mereka dibatalkan kerana pensyarah agama islam mereka mengambil MC .

Segera lengan sepupunya itu ditarik agar kembali duduk tegak seperti tadi . " Wahieeee , dengarlah ni . Aku tak nak benda ni sampai ke telinga mami dengan baba kau . Serius benda ni memang teruk . "

Perbuatan Adawiyah membuatkan Wahie geram . Dia mendengus kuat sebelum memandang gadis itu malas . " Cepatlah cakap diaorang gosip apa ? Menyusahkanlah diaorang ni ish ! "

" Diaorang cakap kau .. " Adawiyah menelan air liur kesat sebelum menyambung ayatnya kembali .

" Kau jual maruah kau pada Nadzim . Aku sure benda ni tak lama lagi sampai pada mami dengan baba sebab masa diaorang bergosip tu ada lecturer lalu depan tandas and madam tahan diaorang ! Dan untuk pengetahuan kau madam tu ialah .. madam HEP kita ... Madam Yaya ! "

" APA ?! "

-

Nadzim yang sedang tekun mendengar pensyarah subjek kimia mengajar dibahagian hadapan makmal sedikit terganggu apabila pintu makmal kimia diketuk oleh seseorang .

Setelah dibenarkan masuk oleh pensyarah wanita itu , seorang pelajar lelaki melangkah masuk lalu bercakap cakap seketika dengan guru itu . Kemudian pensyarah itu menganggukkan kepala dan nama Nadzim dipanggil lantang .

" Nadzim , Madam Yaya panggil awak kat bilik kaunseling . " Ujar pensyarah wanita anggaran berusia 30an itu .

Berkerut dahi Nadzim namun dia tetap bangun dan berlalu keluar setelah pelajar lelaki itu tadi mengucapkan terima kasih kepada pensyarah itu . Sempat Nadzim berpesan pada rakan sebelah agar membawa sekali barang barangnya sekiranya waktu kimia telah tamat tetapi dia masih belum muncul .

Terus dia melangkah masuk ke dalam bilik itu sejurus saja sampai . Kelihatan seorang pensyarah wanita agak berumur itu sedang duduk dimejanya sambil menulis sesuatu diatas kertas . Wajah pensyarah itu atau dipanggil Madam Yaya itu hanya kelihatan tenang .

" Assalamualaikum , madam . Madam panggil saya ? " Tegurnya sopan .

Madam Yaya mengangkat wajahnya lalu mengangguk memandang lelaki itu . " Ya , tetapi tunggu sebentar . Kita perlu menunggu seseorang terlebih dahulu . "

Bad Girl .Where stories live. Discover now