" Di sebabkan hujan turun dengan lebat , aktiviti kita terpaksa ditangguhkan . Semua kumpulan ada , kan ? Okey awak semua boleh bersihkan diri . Sekiranya ada apa apa masalah boleh rujuk terus pada kami , petugas di sini . Terima kasih . "
Semua berkumpul dalam dewan makan dengan pakaian yang rata rata mereka basah kuyup . Setelah diarahkan untuk membersihkan diri , kebanyakkan pelajar mula beransur ke bahagian tepi dewan di mana terletak beg pakaian mereka yang sempat diselamatkan sebelum hujan turun memusnahkan khemah khemah mereka .
Aryan berlari ke arah tempat Arishah , Syira , Zafira , Adawiyah , Aisyah dan Zarifa berkumpul . Wajahnya terlakar riak risau begitu juga dengan enam gadis itu . Mereka sedang berbincang tentang sesuatu .
Bukan mereka saja , malah ada beberapa orang pelajar lagi yang seakan akan mencari rakan mereka . Kenapa ?
" Girls ! Mana Wahie ? " Soal Aryan terus apabila tiba di kelompok gadis gadis itu .
Serentak mereka berenam mengeleng dengan wajah kurang senang . " Dya dan Nadzim pun tak ada . Mana diaorang ? "
Beberapa orang pelajar lelaki yang turut seakan akan mencari sesuatu itu mula mendekati mereka bertujuh . " Wahie kumpulan 3 , kan ? Alex dan Hafiy pun tak ada . Aku rasa kumpulan diaorang tak sampai lagi ! " Ujar salah seorang dari empat sekawan itu .
" What ?! " Terjerit Zafira dibuatnya . Begitu juga Aryan , mata terbuntang besar .
" Seriously ?! Kena bagitahu petugas cepat ni . Dahlah tengah hujan lebat ! " Perasaan risau Aryan tak dapat dikawal lagi .
Sumpah , dia benar benar risau akan adik kembarnya itu . Kalau apa apa jadi , pasti mami dan baba akan mengamuk dan dia sendiri tak dapat maafkan dirinya sendiri kerana gagal menjaga Wahie . Sudahlah gadis itu nampak saja kuat tapi lemah sebenarnya !
" Aryan rilek , okey rilek ? Okey sekarang ni baik kita bagitahu petugas kat sini cepat sebelum apa apa jadi kat diaorang . " Zarifa cuba mengawal keadaan yang menjadi kalut .
Mereka mengangguk dan berjalan ke arah bahagian makan petugas . Senior senior mereka dan petugas petugas kem ini sedang duduk berbual di sana .
Ewah sedapnya melepak , students lain tak muncul muncul dari dalam hutan tu tak tahu pulak ! Marah Arishah dalam hati . Mulutnya terkumat kamit memaki hamun mereka .
" Akak abang ! Sedap betul melepak eh bersenang lenang , korang ni tahu jaga keselamatan kitaorang ke tak ?! Korang tahu tak cousin saya tak balik balik lagi dari dalam hutan sana dengan hujan lebat macam ni ?! Jangan sampai saya suruh ayah saya saman korang semua nanti ! " Aisyah menerjah kasar bilik makan berpenghawa dingin itu tanpa salam . Wajahnya merah menahan amarah yang memuncak .
" Apa ? "
" KUMPULAN NADZIM MASIH DALAM HUTAN SANA TU ! "
-
" Jom kita cuba cari jalan keluar dari sini . Takkan nak duduk je kat sini ? Hujan bila bila masa boleh turun balik . " Kata Nadzim seraya bingkas bangun diikuti Wahie . Dia mendongak memandang dada langit .
" Ala kenapa nak cari jalan ? Kita tunggu jelah kat sini nanti mesti diaorang datang bantu kita . " Bantah Rafiesya . Dia masih lagi duduk bersandar pada batang pokok .
Dya yang sudah bangun sambil memapah Kamalia menjeling gadis itu . " Kau ingat bantuan tu datang terus jatuh dari langit ? Diaorang kat sana tu entah perasan ke tak kita masih belum sampai . Kawan kawan kau pun entah perasan ke tak kau tak ada dengan diaorang . " Selamba Dya membidas .
" Hey kau ingat kawan kawan aku macam kawan kawan kau ke yang senang lupa kawan hah ?! " Rafiesya bangun sambil menunding jari ke muka Dya . Matanya dibesarkan .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...