30

230 21 3
                                    

Kesemua pelajar diminta berkumpul di tepi bas masing masing terlebih dahulu sebaik saja tiba di kawasan perkhemahan untuk menunggu arahan seterusnya .

Udara menyegarkan dihirup puas puas . Dingin angin menampar kulit walaupun jam sudah hampir berganjak ke jam 2 petang tetapi disebabkan cuaca terik sedikit tetapi masih redup , suasana agak selesa buat mereka . Masing masing bersama wajah segar turun daripada bas bersama bagasi masing masing .

Wahie melompat turun lalu merenggangkan tubuhnya yang terasa lenguh akibat berejam jam duduk di dalam bas . Rambut hitam keperangan beralun lembut mengikut angin . Cermin mata kegemaran berjenamanya masih lagi terletak megah di batang hidung . Seketika dia menoleh ke belakang . Seorang budak lelaki masih lagi berusaha menuruni tangga sambil mengheret tiga buah bagasi ditangan .

" Boleh cepat sikit tak ? Lembablah kau ni tarik bagasi pun tak kuat . " Ujar Wahie kepada lelaki itu .

Beberapa mata langau memandang ke arahnya sebelum mereka saling berbisik , tidak dihiraukan . Membawanglah tu ! Macam tak ada kerja lain je .

" Kau .. bawak .. batu ke apa do ? Dahlah .. sampai dua bagasi kau . Aduh .. " keluh lelaki itu setelah tiba disebelah Wahie .

Wahie merampas bagasinya dari tangan lelaki itu tanpa membalas kata kata lelaki itu . Dya dan Arishah mengelengkan kepala saja melihat kerenah nakal gadis itu membuli orang . Bukan tak boleh dia heret bagasi tu sendiri , tapi sengaja nak buli orang !

Wahie mengulingkan biji mata ke atas . " Kau juga yang nak tolong aku tadi , kan ? Aku dah bagi kau dapat pahala percuma , nak bising pula . Dah pergi kat kawan kawan kau sana . " Halau gadis itu secara terang terangan .

Lelaki itu mencebik . Cheit , berlagak ! Terima kasih pun tak adalah puih . Sejurus itu lelaki itu terus berlalu .

Siapa lelaki itu ? Wahie pun tak kenal . Tadi semasa dia ingin menyimpan bagasinya , baru saja dia ingin menolak sekuat hati bagasi tu , tiba tiba datang lelaki tu konon ingin menjadi hero untuk menolong Wahie , Wahie pun apa lagi rezeki jangan ditolak terus disuruhnya lelaki itu turunkan bagasinya sekali sejurus tiba di sini . Well , Wahie memang bijak kan ?

" Woi ! Arqal ! Tolonglah aku turunkan bagasi aku ni ! Tak gentleman langsunglah kau ni ! Dasar pondan bapok maknyah ! " Terdengar suara Syira memekik kuat .

Kepala Wahie , Dya dan Arishah tertoleh ke arah gadis itu . Syira sedang bercekak pinggang di pintu bas menahan Arqal turun dari bas . Bagasinya berada dibelakang Arqal . Terdapat beberapa orang pelajar lagi berada dibelakang lelaki itu sedang berkerut dahi melihat situasi mereka berdua , termasuk Aisyah , Adawiyah , Zafira dan Zafira .

" Bagasi kaukan ? Turunkanlah sendiri apahal nak suruh aku pulak ? " Terdengar pula suara Arqal membalas .

" Bagasi aku berat susah nak turunkan . Kau lelaki , kan ? Tolong jelah ! Bagasi aku tu kat belakang kau je . Susah ke ? "

Dan kemudian tercetus pergaduhan antara mereka sehinggalah Aisyah mencelah . Tubuh Syira ditarik kebelakang sedikit , Adawiyah menolak tubuh Arqal menyebabkan lelaki itu jatuh terduduk ke atas tanah bersama bagasinya dan Zafira pula dengan selamba menyepak bagasi mahal milik Syira jatuh tergolek menghempap Arqal .

Mengaduh kuat lelaki itu . Mereka menjadi tumpuan semua pelajar . Pelajar lain yang berada disitu tercengang melihat mereka . Ada juga yang ketawa besar .

" Apa susah ? Ada otak guna , jangan buat perhiasan kat lutut je . " Ujar Zarifa sambil mengikut langkah bangga Zafira setelah menyepak bagasi Syira .

Syira tergamam melihat bagasinya yang jatuh mencium tanah . " MAMA !!! BAGASI AKUUU HUWAAAAA !!!! KAU TAHU TAK AKU BELI BAGASI NI KAT MANA ? KAT PARIS TAU LIMITED EDITION PUNYA ADA 10 BUAH JE YANG DIKELUARKAN DI PASARAN HUWA KAU TAK GUNA FIRA TAK GUNA !!! "

Bad Girl .Where stories live. Discover now