Wahie melepaskan nafas kuat . Punggungnya dihenyakkan pada bangku kuat . Geram . Orang tak nak pergi klinik tu tak naklah ish !
Aryan mengelengkan kepala melihat Wahie lalu tubuh itu didekati . Dia duduk disebelah Wahie lalu memeluk bahu gadis itu sementara Puan Wawa mendaftarkan nama gadis itu .
" Mami baba , orang demam terkejut jelah bukan apa pun . " Rengek Wahie apabila Tuan Rayyan dan Puan Wawa melabuhkan punggung dikerusi .
Tuan Rayyan mengangkat bahu bersahaja . " Mami yang suruh . " Lalu dia bermain telefon tanpa menghiraukan rengekkan anak gadisnya itu .
" Mami niiii .. "
" Check je , sayang . Bukan apa pun . Awak tu kalau dah demam sekali , nak baiknya lambat . Tak kisahlah demam terkejut ke terkujat ke apa tetap demam . Nanti mami dah nak fly balik Korea pula . Faham ? " Pujuk Puan Wawa . Rambut anaknya diusap penuh kasih .
Wahie mencebik . Tak nak kawan mami ! Kalau Wahie kena inject , Wahie tak nak bercakap dengan mami satu hari ! Tubuh Aryan dipeluk erat . Dia sememangnya manja dengan abang kembarnya walaupun mereka sebaya .
Bukan dia sengaja tak mahu periksa kesihatannya , tetapi dia amat takut sekiranya dia perlu mengambil darah . Yelah , setiap kali dia membuat pemeriksaan kesihatan setiap kali itu juga dia perlu menghadap jarum yang menarik darahnya . Dahlah susah , sakit pula tu ! Eee mencii tau !
Sedang Wahie membebel didalam hati , tiba tiba suara Puan Wawa menjerit nama seseorang membuatkan dia menoleh ke arah ibunya .
" Ya Allah , Aina !!!! " Bising terus klinik itu dengan jeritan nyaring Puan Wawa .
Tuan Rayyan menutup mukanya mengunakan tangan . Isteri siapa tu ?!
" Wawa ?! " Suara seorang wanita pula menyambung jeritan Puan Wawa . Wanita itu baru saja keluar dari bilik doktor bersama seorang lelaki sedang mendukung seorang kanak kanak lelaki dibelakangnya .
Ah sudah dua dua jerit ni , pekak ke apa ?
" Ya Allah rindunya aku kat kau ! " Mereka berdua terus saling mendakap tubuh masing masing . Syukur dalam klinik ini tak ramai orang . Hanya 2 keluarga saja yang menjadi menonton .
" Aku pun ! Lamanya tak jumpa . Aku nak nangis huwa !! "
Wahie facepalm melihat ibunya dan wanita itu . Drama air matalah pula dahlah dekat tengah tengah alam !
" Bosan aku asyik asyik tengok sesi jejak kasih sejak balik Malaysia ni . " Ujar Wahie kepada Aryan . Aryan mengangguk setuju .
" Eh kau datang sini dengan siapa ? ChimChim eh ? Siapa sakit ? " Soal Puan Aina setelah mereka habis melakukan sesi jejak kasih .
Puan Wawa mengelap pipi yang banjir dengan air mata . " Dengan tu Rayyan dan anak anak aku . Wahie tu ha demam . ChimChim dah meninggal weh ! Eh mati . "
" Rayyan ? Mana ? " Puan Wawa menunjuk ke arah Tuan Rayyan apabila suami kepada Puan Aina menyoal .
Pantas lelaki itu bergerak ke arah Tuan Rayyan yang leka bermain telefon . Bahu lelaki itu ditepuk . Hampir tercampak telefon ditangannya .
" Rayyann ! " Mata Tuan Rayyan terkebil kebil seketika sebelum membulat .
" Saufi ? Yow ! Long time no see ! "
Mereka bersalaman sebelum membuat salam cara lelaki dan mendakap antara satu sama lain . Yang kesian kanak kanak lelaki itu menjadi orang tengah . Nasib tak penyek .
" Wahie Aryan , kenalkan ini kawan mami and baba lagi seorang , umi Aina dan ayah Saufi . "
Puan Aina tersenyum melihat wajah bingung dua remaja itu .

ANDA SEDANG MEMBACA
Bad Girl .
Romansa+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...