20

236 16 6
                                    

" Bro , kau okay ? Kau memang sengaja cari nahas dengan dia ke apa sebenarnya ? " Satu tangan menepuk bahu Arqal membuatkan lelaki itu tersedar dari memerhatikan langkah gadis yang dilanggarnya tadi .

Arqal memandang wajah kacak tak berapa nak kacak pada pandangan Arqal disebelahnya ini .

Lelaki ni suka buat aku kena serangan jantung !

" Hey kau ni Muaz . Suka buat aku terkejutkan ? " Arqal menjeling rakannya itu .

" Untuk pengetahuan kau , aku memang sengaja tumpahkan air kat baju dia sebab hari tu dia buli seorang senior ni depan aku . Lepastu dia kata aku budak baru acah romeo . Aku cuma nak membanteras buli je okay ? " Sambung Arqal lagi panjang lebar .

Dahi Muaz berkedut mendengar kata kata Arqal . " Kau memang cari nahaslah , Qal . Kau tahu tak sebab apa diaorang buli senior tu ? " Soalnya dan Arqal hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu .

Isyarat Arqal membuatkan Muaz menepuk dahinya sendiri separa kuat . Budak ni memang cari pasal sebenarnya . Dahlah dia tu budak baru !

" Weh kau seriuslah tak tahu sebab apa diaorang belasah perempuan tu sampai nazak ? Then kau main terjah je sound diaorang ? Kau ada hubungan ke dengan senior tu ? " Soal Muaz bertubi tubi ketika ini mereka sedang berjalan untuk naik ke kelas . Waktu rehat telah pun tamat .

" Kau ni kenapa ? Kan aku dah kata tadi tak tahu , aku tak tahulah . Aku cuma nak halang diaorang dari gejala buli . Aku PRS tahu zaman sekolah dulu . Bytheway , aku tak kenal pun senior yang kena belasah tu . " Arqal menayangkan muka menyampah pada Muaz .

Apa masalah lelaki ni tanya aku soalan banyak banyak hah ?

" Haish kau ni ! Lepas ini kalau si Wahie tu cari kau sampai dalam loji , jangan tanya kenapa . Sebab kau dah cari masalah dengan orang yang salah plus kau dah cari masalah yang langsung tak berkait dengan pemikiran kau tadi tu . "

Dahi Arqal mula menunjukkan kerutan . Pelik . " Apa masalah kau ni sebenarnya ? "

" Kalau kau nak tahu , diaorang belasah budak tu sebab minah yang datang dekat Wahie tadi , kena buli dengan senior tu at first . Selepas itu , dia cerita kat parents and HEP macam macam yang bertentangan dengan apa yang diaorang buat pada dia kecuali yang dia dipukul . Actually , Dya hanya tampar tapi dia kata Dya tumbuk muka dia sampai patah gigi . But , memang betul gigi dia patah satu sebab tamparan maha kuat Dya tu . Aku tak tahulah tangan dia tangan apa tampar sampai patah gigi budak tu . "

Termengah mengah nafas Muaz bercerita kepada Arqal tentang perkara sebenar tanpa henti .

Arqal bangga , lelaki ini pasti boleh masuk pertandingan bercerita dan bakal menjadi pemenang utama nanti .

" Mana kau tahu ? "

" Senior tu sendiri mengaku depan Nadzim , Pengetua , parents dia semua lepas kes yang kau nampak diaorang membuli . Sebenarnya diaorang cuma ugut untuk dia cerita kisah sebenar je . " Terang Muaz lagi .

Arqal menganggukkan kepala . Muaz ni serba tahu . Semua dia tahu secara detail . Patutlah budak budak ni semua memanggilnya paparazi . Kena dengan cita citanya untuk menjadi wartawan itu !

" Tapi , tak perlulah pukul sehingga nazak senior tu . " Bantah Arqal lagi .

Apa masalah dia ni ? Memang tak puas hati sangat ke dengan diaorang tu ?

" Sebab Wahie , Aisyah and Zafira adalah pelajar pertukaran dari Korea . Jadi , aku percaya kau tahu sikap pelajar korea , bukan ? "

" Korea ? "

-

" Kau nak buat apa ni , Wahie ? " Soal salah seorang dari mereka .

Wahie hanya diam . Air dari dalam botol airnya dituang ke lantai koridor sehingga habis lalu botolnya yang sudah kosong itu diberikan kepada Syira .

" Sorok kat tangga cepat kalau nak join aku . " Arah Wahie . Mereka semua berjalan membontoti Wahie yang sudah pun mengambil tempat ditangga .

" Tengok dan rakam . Bawa telefon , kan ? " Mereka mengangguk mengiakan soalan Wahie . Kemudian , masing masing mengeluarkan telefon masing masing dari poket baju seperti yang disuruh oleh Wahie , aplikasi kamera dibuka .

Wahie menaikkan ibu jarinya kepada mereka semua dengan sengihan bangga . Sekali sekala dia menjengah ke arah koridor yang disirami air olehnya tadi .

Dari jauh , kelibat seseorang yang sedang ditunggu oleh Wahie sedang berjalan menuju ke arah koridor tersebut . Wahie merampas cup air berwarna merah , air sirap yang sedari tadi dipegang oleh Aisyah .

" Ready gais . Aku raklu . Rakam . " Arahnya sebelum berjalan sambil menyedut air sirap tersebut mengunakan staw selamba ke arah bertentangan dengan orang itu .

" Dia nak balas dendam . " Bisik Zafira kepada rakan rakannya .

Wahie berjalan seolah olah tiada apa apa yang berlaku sehinggalah tiba dikawasan air yang disiram olehnya tadi serentak dengan orang itu , tiba tiba kakinya tergelincir akibat lantai koridor yang licin itu ketika mereka berselisih .

" mak kau ! "

Dan tindakkan automatik sebagai seorang lelaki yang gentleman , orang itu segera memaut tubuh Wahie agar tidak jatuh ke lantai . Mata mereka bertaut beberapa saat . Ala cliche .

Mereka yang sedang merakam sedikit ternganga dengan adengan itu .

Tidak sampai seminit , Wahie mengangkat tangan kanannya yang dari tadi memegang erat cup air warna merah itu ke udara .

Ketika lelaki itu sedang leka melihatnya , dia menuangkan air tersebut ke atas kepala lelaki itu tanpa lelaki itu sedari . Selepas itu segera Wahie melepaskan pautan lelaki itu padanya .

Sesaat kemudian mata lelaki itu membuat besar dengan mulut yang terlopong . " what the fuck ! "

Wahie hanya tersenyum sinis melihat rambut yang disikat rapi oleh lelaki itu hancur begitu saja selepas dia menuang air berperisa itu ke atasnya .

" Alolo kenapa merah merah ni ? Kena simbah air sirap eah ? "

" ops- hadiah as terima kasih sebab dah tolong aku dari sengaja aku buat buat nak terjatuh plus hadiah sorry kau sebab tumpahkan air kat baju aku tu . Okay raklu pape roger . " Dan Wahie terus mengorak langkah menuruni tangga dengan wajah selambanya sedikit senyuman sinis dibibir .

Rakan rakannya dibalik tangga mengemam bibir masing masing menahan tawa lalu laju perlahan lahan turun dari tangga dengan harapan lelaki itu tidak akan menyedari kewujudan mereka .

Kelakar siot muka terkejut beruk lelaki tu ! HAHAHA .

Arqal mengetap giginya geram setelah dapat mencerna perkara yang baru berlaku tadi . Tangannya mengepal penumbuk sehingga timbul urat urat hijau . Geram .

Aku kenakan dia , dia kenakan aku balik . Nais ! Tak guna .

Tajam matanya memerhati langkah gadis itu sehingga hilang dibalik dinding .

Betullah apa yang dikatakan Muaz , gadis itu tak akan sesekali melepaskan orang yang mengenakan dia secara sengaja atau pun tidak .

Ya , dia memang sudah silap orang untuk mencari masalah tambah tambah lagi pasti mukanya sudah dicam oleh gadis itu kerana kes pembulian tempoh hari .

Ah , kenapa aku tak tanya dulu kenapa diaorang buli senior tu . Kan dah salah faham . Tak guna betul baru nak acah acah hero menyelamatkan dunia eh menyelamatkan mangsa buli . Bisik Arqal .

Dia berdecit sedikit , tangannya dibawa ke atas kepala yang basah disirami air sirap oleh Wahie tadi . Tak pasal pasal balik ni kena pergi salon , basuh rambut kalau tak , pasti bersemut ffuh urgh rosak rambut kesayangan aku .

Bajunya turut basah terkena sedikit air sirap yang menuruni rambut hitam lebatnya jatuh ke sekeliling bahunya . Sudahlah bajunya kemeja putih , air sirap pula berwarna merah . Nasib baik air sirap berwarna merah cair , jika tak pasti orang sangka dia baru saja membunuh seseorang atau apa sajalah .

Vote / Comments ? Muah !

Bad Girl .Where stories live. Discover now