27

191 18 0
                                    

" Wahie , how are you ? Mami dengar Wahie pengsan dekat sekolah . Betul ke ? Kan mami dah cakap jangan sekolah . Kenapa degil sangat ni . " Masuk saja dalam rumah , terus Wahie terjah oleh maminya .

Wahie mengerutkan dahi melihat kelibat mami dan babanya serta pakcik makciknya yang lain .

" Eh mami ? Baba ? Ingat dah lupa ada anak kat sini . " Sengaja Wahie memerli .

Tuan Rayyan mengelengkan kepala . Tak berubah lagi budak ni rupanya .

Puan Wawa mencebik . Tangan Wahie ditarik mendekatinya lalu suhu badan anak gadisnya itu di rasa . " Ish orang risaukan dia , dia boleh main perli perli pula . "

" Mami ni Wahie okey jelah . Tadi pening sikit je . Dah makan ubat dah pun . Dahlah Wahie nak masuk bilik dulu . "

" Eh Wahie- " Tak sempat Puan Wawa mahu menahan , Wahie sudah pun berjalan mendaki anak tangga tanpa menghiraukan yang lain .

" Ish bae , tengok anak you tu ! Orang risaukan dia , dia saja je ! " Memuncung bibir Puan Wawa menjeling Tuan Rayyan .

Dahi Tuan Rayyan berkerut . " Aik ? i pula kena ? Anak i , anak you juga . Dari ovum you juga dia keluar . " Selamba Tuan Rayyan membidas membuatkan adik beradiknya yang lain ingin tergelak .

Muka Puan Wawa memerah . " Tak senonoh punya orang tua . Ey malam ni tidur bilik air ! " Ujar Puan Wawa lalu berjalan naik ke atas sambil menghentak hentak kaki geram .

Orang risaukan anak , dia boleh main main pula . Bukan anak orang lain , anak dia juga eee menciklah dengan mamat kutuk utara selatan tu !

" Ayok Yan , tidur dalam bathtub lah kau malam ni macam cerita P.Ramlee . Kahkahkah ! " Berdekah dekah Tuan Raykal ketawakan abangnya itu .

Tuan Rayyan mencebik sebelum membaling bantal kecil tepat ke muka Tuan Raykal . " Kau jangan suka suka . Kejap lagi kau kena tidur kandang kuda lagi teruk padan muka kau ! "

Sejurus itu , dia terus berlalu naik ke atas mengikut isterinya . Dalam diam dia mengeluh kecil . Aih tak pasal pasal kena pujuk cik isteri terchenta . Kalau tak pujuk , mahu sampai bulan depan rajuknya nanti . Tak apa eh sayang , abang bagi choki choki special untuk sayang nanti muah .

Eee gedik betul mamat ni .

Tuan Raykal terdiam . Ye tak ye ! Dia baru teringat tadi dia mengunci pintu bilik air dari luar semasa Puan Fara sedang mandi kerana dia ingin mandi tapi Puan Fara yang masuk ke dalam bilik mandi terlebih dahulu . Jadi , dengan hasad dengki yang kuat , dia mengunci pintu bilik air itu sebagai balasan . Dan sekarang sudah hampir satu jam setengah--

" RAYKAL !!!!!! "

Baru cakap-

" Alamak bini aku !!! "

-

" Beb , bosanlah . Jom ponteng pergi mall . " Syira mendagu memandang kawan kawannya .

Serentak tujuh kepala yang asyik makan mendongak memandang gadis itu .

Mata Dya membulat besar seraya mengeleng laju . " Kau gila ?! Tak nak aku ! "

" Rileklah , Dya . Gelabah sangat ni apahal ? Jomlah geng . "

" Korang dah buat tutor math ? " Wahie menyoal sambil menyuap sandwich ke dalam mulut .

" Belum . " Tujuh gadis itu menjawab serentak .

Wahie mengangguk sekali tanpa bersuara . Baki sandwichnya di habiskan lalu dia berdiri . " Nak pergi mana ? Gap kita belum habis lagi . " Soal Adawiyah melihat gadis itu tiba tiba berdiri .

Bad Girl .Where stories live. Discover now