" Binatang ni nak letak kat mana ? "
Semua mata yang ada di dapur memandang ke arah punya suara di muka pintu dapur . Aryan , menarik kuali besar dengan peluh membasahi tubuhnya .
Seketika mata beberapa orang perempuan muda yang merupakan anak jiran jiran dan keluarga belah Hajah Salwa yang turut menyertai aktiviti rewang terpaku pada muka pintu . Oh , Amsyar turut berada di sebelah Aryan . Panjang lehernya terjenguk jenguk ke dalam rumah .
Amboi , diaorang tak tahu ke itulah pengantin kita ?
Hajah Salwa mengelengkan kepala . " Itu kuali , Aryan . Nenek ingat haiwan apalah kamu angkut tadi . " Kata Hajah Salwa mendapat gelakkan kecil dari semua orang yang ada di dapur itu .
Buat saspen orang je Aryan ni . Ingat binatang apalah dia nak bawa masuk sedangkan Hajah Salwa pesan padanya tadi untuk ambil kuali besar extra di rumah sebelah , bukan apa apa jenis haiwan . Hailah cucu .
Aryan tersengih malu , sejujurnya dia memang tak tahu nama benda tu apa , itu yang di ' binatang ' kannya .
" Ha letak je kat luar tu . Kejap lagi atuk kamu ambil . " Sambung Hajah Salwa .
Aryan mengangguk kecil sebelum berlalu selepas meletakkan kuali besar tersebut seperti yang diarahkan oleh Hajah Salwa tadi . Tapi Amsyar pula masih kekal statik depan pintu seperti tercari cari seseorang selepas membantu Aryan mengangkat kuali besar itu .
" Ha , Am cari apa tu duk terjenguk jenguk aje daripada tadi ? " Tegur Puan Atul .
Teguran itu menyebabkan mata Amsyar berkalih ke arah ibu saudara isterinya itu dan mak mertuanya silih berganti . Sengihan malu terukir dibibir .
Sebenarnya dia sengaja mengikut Aryan ke bahagian dapur ni untuk berjumpa dengan Wahie . Padahal dia tak tolong pun Aryan angkat kuali besar gedabak tadi tu which mean Aryan angkat seorang je kuali tu . Ha nampak tak Aryan tu sado orangnya ?
" Hmm , tak lainlah tu cari isteri dialah apa lagi . " Usik Syaza yang muncul secara tiba tiba .
Sejurus itu , seisi dapur itu melakar senyuman mengusik ke arah jejaka itu . Naik merah telinga Amsyar jadinya .
" Ish kamu ni Syaza , tak baik mengusik orang . Ha ini ke menantu kamu tu , Wa ? Kacak segak orangnya ya ? Sesuai dengan anak kamu tu cantik . " Ujar seorang makcik yang seakan akan seusia dengan Hajah Salwa .
" Iyelah , mak long . Kenalkan Amsyar . Amsyar , ini mak long mami , kakak ipar nenek jadi Am boleh panggil nek long . Yang ini semua anak anak nek long merangkap makcik Wahie . Mak usu je belum sampai nanti minta Wahie kenalkan mereka kat Am ya ? " Perkenal Puan Wawa panjang lebar .
Amsyar hanya mengukir senyuman sambil menunduk sedikit tanda hormat . Syaza mengulingkan biji mata melihat reaksi anak anak gadis yang ada di situ setelah mendengar kata kata Puan Wawa .
Ada yang mencebik menyampah , ada yang membuat muka , ada yang terus menundukkan wajah , ada juga yang masih ralit meng'eyes raping' Amsyar . Amboihhh , ada hati nak mengorat suami adik sepupu aku ya ? Entah dah habis sekolah ke belum entah tu dah nak mengatal !
Tepat pada masanya Wahie muncul dengan hanya bertudung sarung . Tapi tetap cantik dan berseri . Apa orang kata , seri pengantin gittews . Terus membesar dan bersinar mata Amsyar melihat pujaan hatinya muncul .
" Ha , Wahie ! Wahie pergi mana ? " Syaza menegur Wahie yang seakan akan tak perasan akan kehadiran Amsyar .
Laju kepala Wahie terangkat bersama kerutan di dahi . " Wahie mandi kejap tadi Fira tertumpahkan air kat baju Wahie lagipun kejap lagi nak bersiap . Kenapa , Kak ? "
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...