26

235 14 0
                                    

" Dah dapat contact diaorang ? " Soal Ezham .

Serentak kepala kembar Ray itu mengeleng . " Alphahaha semua dah dapat kecuali Alif cuma aku belum call diaorang lagi . " Jawab Rayzif .

Ketika ini mereka berlima sedang duduk santai dihadapan kolam renang yang berada di hotel milik Ezham ini . Manakala isteri masing masing pula , sedang berseronok bershopping . No men katanya . Mereka para lelaki berlima hanya akur malas mahu berbalah biarlah diaorang date para wanita berlima .

Ezham menganggukkan kepala . " Nanti call , tanya sekali pasal budak sekolah kita . Nak senang nanti korang balik sana , cuba jumpa cikgu cikgu kitaiorang yang dulu . "

Kali ini empat kembar itu pula menganggukkan kepala faham . " Memang itu pun yang kami rancang . Kalau tak , memang takkan dapatlah nak contact dengan cikgu cikgu lama korang tu . "

" Tulah . Tak syok reunion tanpa cikgu cikgu . Tak ada feeling zaman sekolah nanti . " Komen Ezham pula menyokong kata kata Rayziq .

" Yang penting aku nak kita kembali macam dulu . PrincessSquad mesti orang yang paling gembira sekali . Alangkan empat kembar tu pun kalau balik kampung , ha macam apa berpeluk bagai . Naik rimas aku tengok . " Kutuk Raykal apabila mengenangkan isteri dan kakak kakak iparnya ketika berjumpa .

Baru dua bulan tak jumpa pun kalau jumpa , macam sepuluh tahun tak jumpa je lagaknya . Peninglah dengan perempuan ni .

" Biasalah tu , Kal . Kaum wanita ni complicated sikit biasalah tu . " Ezham menepuk bahu Raykal bersama sengihan .

Dia faham kerana isteri dia juga macam tu !

Rayyan hanya mengelengkan kepala tanpa niat untuk menyertai perbualan mereka berempat . Dari dulu tak pernah berubah , susah sangat nak berbual . Tak faham betullah !

-

Wahie meletakkan kepalanya diatas meja . Sakit kepalanya semakin berdenyut denyut . Isi dalam ususnya bagaikan bergelora ingin terkeluar kembali . Dia mengerling Zafira disebelah , tersentak sentak menahan kantuk .

Tanpa berniat mahu mengajak Zafira ke tandas bersama seperti selalu , terus dia bangkit dari kerusi dan menuju ke arah pensyarah yang sedang mengajar mereka subjek pengajian am , meminta kebenaran untuk ke tandas . Dan sejurus dibenarkan , perlahan lahan Wahie berjalan meskipun kepalanya terasa berpusing pusing dan jalannya sedikit terhuyung hayang .

Sedang menuruni tangga tiba tiba denyutan semakin kuat membuatkan Wahie hampir hilang keseimbangan badan . Tetapi , terdapat sepasang tangan menahan lengan gadis itu dari terjatuh .

" Wahie ! " Satu suara garau menjerit kecil nama Wahie akibat terkejut melihat gadis itu mahu terjatuh .

" Ah ! "

" Hey kau okey tak ni ? " Soal orang itu .

Wahie melepaskan pegangan lengannya kasar sebelum memandang orang itu meskipun kepalanya masih lagi berdenyut denyut tetapi dia sempat memaki hamun orang itu kerana menyentuhnya sesuka hati . Dia sambung berjalan menuju ke tandas sambil diikuti Arqal dari belakang .

" Kau ? Suka hati je nak sentuh aku . Pehal kau kat sini tiba tiba ? Semak je . " Wahie menyoal kasar . Tangannya berpaut pada dinding .

Arqal membuat muka . Orang dah tolong bukan nak terima kasih . Menyombong je kerjanya . Tak tahu kenang budi betul . Kalau tak ada aku tadi , tersembam dah kau kat lantai ni hekle . Kutuk Arqal dalam hati .

" Aku nak tolong kau dari terjatuh je . Kau okey ke tak ni ? Demam ke ? "

Wahie mendengus kasar lalu menjeling pemuda itu tajam . " Okey je . Tak payah sibuk hal akulah . Menyemak je . "

Bad Girl .Where stories live. Discover now