Sepasang suami isteri sedang duduk diruang tamu menghadap televisyen sementara menunggu bibik memanggil anaknya turun untuk makan malam .
Tayangan cerita tersebut membuat Datin Idayu turut beremosi . Air matanya mengalir deras bersama sedutan hingus setiap kali dia menarik nafas .
Suaminya disebelah menepuk dahi . Ya Allah isteri aku ni kuat emosi betul , baru tengok drama sedikit dah menangis .
Tak lama kemudian muncul seorang remaja lelaki tinggi berambut hitam pekat yang disikat kemas memakai pakaian kasual setelah bibik yang memanggilnya tadi turun beberapa minit sebelumnya .
" Walid ? Ummi ? "
Dengan pantas kepala sepasang suami isteri itu menoleh ke belakang .
" Hiks .. Qal .. Jom makan .. Hiks .. Hiks .. " Datin Idayu baling gumpalan tisu yang digunakan untuk mengelap air mata lalu bangun dari sofa dan berlalu ke dining area .
Arqal mengerutkan dahi melihat sikap ibunya itu . Pelik , dah kenapa ummi ni menangis bagai ? Isyarat mata disalur kepada Datuk Haiqal .
Datuk Haiqal tayang muka redha dengan gelengan kepala lalu turut mengikuti langkah isterinya . Ni kalau aku sumbat semua tisu tu dalam mata dia , arwah dulu cengeng orangnya .
Arqal tercengang . eh apa ni ? Bingung dia memikirkan sikap ibu bapanya yang entah apa apa itu . Pening . Lalu kaki dihayun ke arah ruangan dapur juga .
Selepas saja Arqal mengaminkan doa yang dibaca olehnya tadi , segera dia mencapai lauk pauk yang dimasak oleh pembantu rumahnya . Nasi digaul dengan lauk dan bersedia untuk dimakan .
" Qal , hulurkan walid ikan asam pedas tu . " Datuk Haiqal menunjukkan mangkuk berisi ikan masak asam pedas yang berada dihadapan Arqal .
Suapan Arqal terbantut . Dia menghulurkan mangkuk tersebut kepada Datuk Haiqal . Selepas itu , sekali lagi dia ingin menyambung suapan pertama yang terbantut tadi .
Tiba tiba terdengar suara Datin Idayu meminta lelaki itu menuangkan air . " Baby boy , tuangkan ummi air . Tercekik ni . "
Bersama muka pasrah , tangannya melakukan kerja menuang air oren ke dalam cawan lalu diberikan kepada Datin Idayu . Dengan gelojoh Datin Idayu minum air itu sehingga habis . Betul betul tercekik ke ni ?
Baru Arqal ingin menyuap masuk nasi ke dalam mulut sekali lagi , Datuk Haiqal menghulurkan mangkuk ikan masak asam pedas itu kepadanya .
Bila aku boleh makan ni ?
Beberapa saat Arqal diam memerhatikan ibu bapanya , menunggu apa apa permintaan lagi namun masing masing leka menghabiskan makanan dalam pinggan . Dengan itu bersama semangat berkobar , dia mengangkat tangannya paras mulut bersama kepalan nasi dan lauk didalam gengaman jarinya , bersedia untuk mendarat ke dalam mulut . Ha kau semangat berkobar semua keluar !
" Hm so Qal , how your new college? " Soal Datuk Haiqal memecah kesunyian .
Suapan sekali lagi terhenti . Mukanya mula menayang memek memek sedih . Apa dosa aku sampaikan nak makan pun sentiasa diganggu ?
Arqal menghela nafas berat . " Sekejap eh , Walid . Bagi Qal suap nasi ni . Sekali je pun tak apa . "
Sejurus itu dia terus menyuap laju nasi ke dalam mulut . Senyuman terukir dibibir .
Wuhuuu finally dapat makan !!
Dia punya gembira dapat makan macam dapat menang juara bola sepak dunia je gamaknya !
Datuk Haiqal dan Datin Idayu mengelengkan kepala . Macam macam hal anak bongsunya ini .
Setelah habis mengunyah , Arqal membuka mulut untuk menjawab soalan ayahnya tadi . " Okay je . Not bad but still kolej lama paling sayang huhu . " Mahu saja dia membuka cerita tentang pembulian tempoh hari pada hari pertama ke masukkannya itu namun ditahan kerana betul juga apa yang dikatakan oleh gadis itu , lebih baik dia jaga tepi kainnya sendiri . Lagi berbaloi .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...