43

173 11 0
                                    

Aryan melangkah masuk ke dalam rumah agam milik keluarganya . Kelihatan sepupu sepupunya semua sedang berkumpul di hadapan televisyen di ruang tamu utama . Aryan memandang pelik .

Aik ? Diaorang buat perbincangan apa pula ni ? Nak kata tengok movie , televisyen tak terpasang pun . Bisik hati Aryan .

Namun dia mengendahkan mereka dan menuju ke tangga . Belum sempat dia mahu menjejakkan kaki pada anak tangga pertama , suara orang memberi salam menyapa deria pendengarannya .

Aryan menoleh . Nadzim dan Alphaha Squeksquad junior . Eh , ada mesyuarat ke malam ni ? Aryan yang clueless itu , kembali menyambung langkah yang tergendala .

" Aryan ! " Namun terhenti sekali lagi apabila namanya diseru oleh Nadzim .

Aryan berpusing . Mata sepupu dan rakan rakannya sedang memandang ke arahnya dengan pandangan sukar ditafsir .

" Apa ? "

" Kenapa kau sembunyikan Wahie ? " Soal Nadzim . Aryan terkejut .

Dahi Aryan berkerut . " Apa kau mengarut ni ? Tiba tiba sebut nama Wahie . "

Nadzim mendengus . Syirah melangkah mendekati Nadzim . Lengan lelaki itu dipegang , menyuruh bertenang .

Dia tahu betapa sayangnya Nadzim pada Wahie . Betapa kecewanya Nadzim apabila mendapat tahu Wahie sudah pulang ke Malaysia secara senyap tanpa pengetahuan sesiapa kecuali Aryan . Namun ini bukan caranya untuk meminta penerangan daripada Aryan !

" Kenapa kau tak bagitahu kitaorang yang Wahie dah lama balik Malaysia ? " Soal Syirah pula . Lembut . Dia cuba meredakan suasana yang tegang ini .

Mujur pasangan kembar dan Haji Zafran serta Hajah Salwa berada di atas bukannya di dapur . Jika tak , pasti keadaan menjadi lebih teruk kerana mereka mendengar perbalahan mereka tika ini .

Aryan mengangkat kening . " Apa korang cakap ni ? Bila masa Wahie balik sini pula ? " Dia masih lagi berlakon tidak mengetahui apa apa .

Rahsia kewujudan Wahie mesti disimpan sebaik mungkin . Dia tak mahu Wahie tersakiti buat kali kedua !

" Aryan .. please . Kau tahukan macam mana aku rindukan Wahie ? Bagai nak gila ! Please Aryan . Bawa Wahie balik sini . " Zafira bersuara sayu . Matanya berkaca .

Dia benar benar rindukan sepupunya seorang itu ! Adaw mengosok belakang badan Zafira untuk menenangkan gadis itu . Dia tahu kerinduan gadis itu kepada Wahie . Yelah mereka bagai adik beradik kot mestilah rindu separuh nak mati !

" Masalahnya aku memang tak tahu apa apa . Macam mana aku nak bawa Wahie balik sini . Faham tak ?! " Suara Aryan mula naik sedikit . Leher yang terasa lenguh dipicit perlahan .

Stress apabila diasak soalan tentang Wahie . Macam mana diaorang boleh tahu Wahie dah balik Malaysia pula ni ?! Aish ! Sudahlah dia baru balik dari pejabat , penat tak hilang lagi tahu tahu kena soal jawab .

Kalau tahu macam ni , baik balik rumah Wahie je tadi ! Dengus Aryan geram .

" Berhenti menipu , Aryan . Kitaorang terjumpa Wahie beberapa hari lepas kat supermarket dengan Amsyar . Kawan Nadzim and tak silap aku .. kawan kau juga , kan ? Jiran kau rasanya ? " Sampuk Dya yang duduk di sebelah Aisyah .

Syirah dan Arishah mengangguk sokong .

" Menipu apanya ? Aku kata aku tak tahu , aku tak tahulah ! Kenapa susah sangat korang nak faham ni ?! "

" Kitaorang memang tak faham kenapa kau nak sorokkan Wahie daripada kitaorang ?! Apa masalah kau ?! Aku nak Wahie aku sekarang ! " Nadzim menuju laju ke arah Aryan . Kolar baju adiknya itu diterkam .

Bad Girl .Where stories live. Discover now