14

225 16 0
                                    

Tok ! Tok ! Tok !

" Masuk ! " Jerit Adawiyah dari dalam bilik .

Terjengul kepala salah seorang pembantu rumah di dalam rumah agam ini dengan wajah takut takut .

Semua mata yang berada di dalam bilik itu memandang ke arah pintu atau lebih tepat memandang ke arah pembantu rumah itu .

" Er .. Cik , Tuan dan Puan panggil turun untuk minum petang . " Katanya takut takut .

Tumpuan mereka semua kembali beralih kepada asal setelah wanita berumur dalam lingkungan 30-an itu habis menyatakan tujuannya .

" Cakap dengan diaorang , kitaorang busy . " Balas Zarifa sambil melihat perlawanan video game antara Aryan dan Farhid melawan si kembar Rifqi dan Rafqi .

Wanita itu mengaru kepalanya . Busy ? Apa yang busynya ? Yang sana main video game , yang sini main telefon , yang situ baring sambil tengok laptop , yang ini tengok perlawanan video game . Bahkan semenjak beberapa orang anak anak majikannya yang belajar jauh pulang ke sini kerana cuti semester juga hanya dilihat mukanya sekali dua je . Yelah susah sangat nak keluar bilik ! Err .. Dikira busy juga ya tu ?

" Kenapa tak keluar lagi ni ? " Keluh Amira , kakak kepada Aisyah yang sedang mengstalk ig seseorang sambil bergosip bersama Wahie dan Zafira . Mata Wahie dan Zafira juga tertumpu kepada pembantu rumah mereka itu .

Wanita itu mengigit bibir . Hujung apron berwarna hitam yang berada ditubuhnya , digentel untuk mengurangkan rasa takut . Diaorang ni garang sangat ke dengan pembantu rumah sampai semua takut dengan diaorang ek ?

" Hm .. Sebenarnya Tuan pesan .. Nak tak nak Cik semua kena turun kerana ada hal yang mustahak perlu dibincangkan . Jika tidak , Tuan akan potong duit belanja Cik semua untuk bulan ini dan bulan hadapan . "

" WHAT ?! " Jeritan sepuluh anak tekak bergabung membuatkan telinga wanita itu hampir pekak dan membuatkan rumah itu bergegar , bergema serta membuatkan semua orang yang berada dalam rumah itu hampir meninggal disebabkan terkejut dan pendarahan telinga yang teruk .

Dengan kadar segera sepuluh orang cucu Haji Zafran dan Hajah Salwa berlari turun ke bawah . Hampir wanita itu dirempuh secara berjemaah oleh mereka semua , nasib baik dia sempat bergerak ke tepi memberi laluan kepada mereka bersepuluh .

" Apa benda yang mustahak sangat sampai nak potong duit belanja orang ni ?! "

" Kalau setakat nak ajak minum petang , tak payahlah kitaorang nak main game je . "

" Ey orang tengah stalk retis retis ni . "

" Orang baru nak sambung tengok drama episod perempuan tu nak buat an- tak , melahirkan anak . "

" Rifa baru nak tengok diaorang main game siapa yang kalah kena pakai bikini . ish . "

Bermacam macam rungutan lagi keluar dari mulut masing masing .

Parents yang baru ingin menyisip air dan menyuap kuih masuk mulut terbantut apabila tiba tiba di sergah begitu secara bertubi tubi non stop .

Sudahlah tadi hampir terkeluar jantung masing masing apabila mereka sepuluh orang tiba tiba menjerit kuat tanpa memberi isyarat . At least cakaplah dulu , kitaorang nak jerit ! Then barulah berjemaah jerit sama sama . Kann tak akan ada orang dalam rumah ni yang meninggal sebab terkejut .

" Dah habis membebel ? " Soal itu membuatkan mata masing masing berguling 360 darjah . Kah !

" Nak cakap apa ni sebenarnya ? Boleh cepat tak ? Kitaorang ada benda nak buat ni . " Ujar Wahie sambil berpeluk tubuh .

" Duduklah dulu sini . Ada lebih dari satu perkara yang hendak dibincangkan . " Ruang kosong di pondok kecil hadapan kolam renang ditepuk oleh Puan Atul , menyuruh mereka bersepuluh duduk dahulu .

Bad Girl .Where stories live. Discover now