42

183 14 0
                                    

Restoren makanan masakkan kampung itu kelihatan padat dengan pelanggan apabila waktu rehat makan tengah hari tiba . Walaupun duduk di bandar raya yang pesat membangun , masih ramai lagi yang mempunyai selera pada makanan kampung termasuk sekumpulan gadis yang dulunya tidak langsung menyentuh makanan selain makanan barat .

" Korang pergilah ambil makanan dulu . Aku jaga meja . Kalau tak jaga , nanti tak ada tempat pula . " Adaw bersuara . Mata meliar melihat meja lain .

Semuanya penuh ! Popular betul ya kedai ni ?

Masing masing bangun dari duduk dan berlalu mengambil makanan . Restoren ini mengamalkan konsep ' layan diri ' iaitu ambil nasi dan lauk pauk sendiri di tray yang disediakan dan kemudian baru bayar .

Hampir sepuluh minit beratur , baru selesai . Kemudian datang seorang remaja ke meja mereka untuk mengambil pesanan air sekaligus mengira harga lauk yang mereka ambil .

" Patutlah ramai datang sini . Memang sedap rupanya masakkan dia ! Terbaiklah ! " Celoteh Aisyah sambil melahap nasinya gelojoh .

Tak senonoh tau budak ni !

" Makan elok eloklah , Syah . Tercekik nanti ! " Nasihat Sufyna kepada kawannya yang berperangai tak senonoh itu .

Tak sampai 2 saat , tiba tiba gadis itu tercekik betul . Cepat tangannya mengapai gelas yang berisi air tea o ais .

Masing masing menyelamatkan gelas masing masing daripada dirembat Aisyah yang gelojoh tadi . Rela hilang kawan dari hilang air tau buatnya aku tercekik jugak siapa nak tanggung kalau air aku perempuan ni rembat ?!

" Air kosong weh ... uhuk uhuk ... air ... " Pinta Aisyah sambil menepuk dadanya yang terasa perit apabila tea o ais tadi tidak mencukupi untuk menurunkan nasi yang tersekat di esofangus .

" Ha jap jap aku minta ! " Tergopoh gapah Nabieha bangun dan pergi bahagian dapur untuk meminta air kosong .

Laju Nabieha berlari ke meja mereka semula selepas mendapat segelas air kosong sambil berhati hati meredah orang ramai agar tidak tersenggol dan air yang dibawanya tak akan tumpah .

Nabieha mengambil nafas lega apabila selamat di meja mereka . Baru saja air mahu dihulurkan ...

Bukkkk !

Seseorang melanggar kaki Nabieha dan air tersebut selamat mendarat atas kepala gadis yang tercekik tadi , Aisyah .

" Alamak ! " Nabieha menekup mulut terkejut .

Aisyah tersentak . Gulp ! Hilang terus nasi yang tersekat tadi akibat terkejut tiba tiba dia dimandikan buat kali kedua .

Suasana yang riuh tadi bertukar hening seketika melihat keadaan ini . Semua tershooketa kejap .

" Bieha ... ? " Aisyah bersuara sambil menoleh ke tepi perlahan lahan .

Nabieha membiru . " Aaa ... aa ... so-- sorry , Syah . Bu--bukan salah aku ! Ak-- "

" Salah saya , terlanggar kaki dia . Maaf . " Satu suara garau menyampuk . Sejak tadi jejaka itu hanya berdiri memandang kejadian yang menimpa dua gadis itu akibat dari kesalahannya .

Semua menoleh ke arah punca suara itu . Dya , Arishah dan Syirah ternganga sebelum separa menjerit .

" Amsyar ? "

" Am , kenapa tak duduk lagi ? Asal sunyi tiba tiba kedai ni tadi ? Eh---- " Muncul Nadzim berdiri di sebelah Amsyar . Terkebil kebil matanya melihat lapan gadis yang sedang melihat mereka berdua .

" Nadzim ? " Adaw , Zafira , Zarifa dan Aisyah bersuara serentak .

" Nadz ? Awak kenal Amsyar ? " Soal Syirah .

Bad Girl .Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang