Bunyi derapan tapak kaki tergesa gesa bergema diseluruh pelosok rumah banglo itu menyebabkan tumpuan seorang gadis terganggu dari menonton televisyen .
" Abang ? Abang nak keluar ? " Soal gadis itu apabila pemilik derapan kaki itu muncul dari tangga .
Langkah pemuda itu terhenti lalu memandang ke arah adik perempuannya itu .
" Haah , nak jumpa kawan . Kenapa ? "
Sejurus saja Nadzim berkata begitu , Dya terus bangun lalu berdiri dihadapan abangnya itu .
" Nak ikut ! Dya bosanlah . Semua keluar tak nak bawa Dya . Nak ajak Rishah keluar , dia pergi mana entah ! " Memuncung bibir Dya mengadu pada Nadzim .
" Abang nak jumpa kawan kawan abang tau . Dya tak kisah ke ? " Soal Nadzim risau .
Iyalah , kawan kawan dia semua lelaki . Dya pula perempuan . Risau pula adiknya itu akan dilanda kebosanan . Kasihan gadis itu nanti .
" Alah nanti pandai pandailah Dya hidup . Boleh eh ? Bolehlah abang Dya nak ikutt . Abangkan handsome , baik pula tu . " Lengan abangnya itu dipeluk erat bersama muka sengaja dicomelkan .
Nadzim ketawa kecil melihat gelagat adiknya itu . Comel ! Tangannya naik mengusap rambut tebal adiknya .
" Iyalah . Cepat siap , abang tunggu dalam kereta . "
" Yeay ! Sayang abang ketat ketat ! " Terus melompat Dya mendengar balasan abangnya .
Pipi Nadzim sempat dikucup sekilas sebelum berlari naik atas untuk bersiap .
Nadzim hanya mengelengkan kepala melihat telatah adiknya itu . Macam macam !
-
Wahie dan Zafira beratur ditempat membeli tiket wayang berdua sambil Aryan dan Farhid pula beratur dikaunter untuk membeli popcorn .
Keadaan barisan yang panjang itu membuatkan dua gadis itu mengeluh lemah . Lagi empat pasangan berada dihadapan mereka . Masa terasa seakan terlalu lama berlalu .
" Lambatnya . Noob ah cinema ni . Bukalah kaunter lagi ! Ni buka dua kaunter je dahlah hari ni hari minggu , ramai orang ! " Bebel Zafira . Tangannya mengipas muka yang terasa bahang meskipun mall itu dipenuhi dengan penyaman udara .
Wahie mengiakan bebelan Zafira . " Entah . Menyusahkan orang je nak tunggu lama lama . Penat tahu tak ? "
Setelah hampir setengah jam mereka menunggu , akhirnya tiba juga giliran mereka . Empat tiket dihulurkan kepada mereka berdua oleh penjaga kaunter itu selepas mereka membuat pembayaran .
Beratur menunggunya hampir satu jam tetapi beli tiketnya hanya tidak sampai sepuluh minit . Uh membazir masa je ! Gumam Wahie kegeraman .
Sempat dia menjeling gadis penjaga kaunter itu sebelum berjalan keluar dari kawasan itu untuk mencari Aryan dan Farhid bersama Zafira .
" Dah beli tiket ? " Soal Aryan . Satu bekas popcorn dihulurkan kepada Wahie manakala dia pula memegang air .
" Dah . Beratur bukan main lama tapi beli tiket sekejap je . Geram tahu ? " Jawab Wahie .
Tersengih Aryan melihat adik kembarnya ini . Asyik marah je ! Datang bulan ke ?
" Dahlah jom masuk . Cerita kita dah nak mula tu . " Tegur Farhid membuatkan Wahie melihat jam tangannya sekilas .
" Aku dengan Aryan tengok cerita lain . Cerita kitaorang lagi setengah jam . Korang berdua masuklah dulu . Lagi berapa minit cerita korang dah nak mula tu . " Ujar Wahie membalas teguran Farhid .

YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...