38

207 17 4
                                    

Bahagian rooftop hotel sepi . Yang kedengaran hanyalah bunyi hempasan pantai dan tiupan bayu angin kuat seolah olah hujan akan turun sebentar lagi .

Jika cengkerik berada disitu , pasti mereka sudah berpesta dengan bunyi nyaring mereka .

Seorang gadis berdiri kaku . Seolah olah cuba mencerna sesuatu dalam akal fikirannya . Begitu juga seorang jejaka yang terduduk juga terkaku bagai patung . Cuba berfikir secara logik akal .

" Wahie ... " Panggil Puan Wawa , sayu .

Tubuh si anak cuba di dekati . Apabila sudah mendekat , tangan kanannya naik cuba menyentuh tubuh gadis itu .

Cepat Wahie bergerak . Menolak sentuhan daripada si ibu seraya bersuara . " Don't . Touch . Me . "

Keras suara Wahie menyebabkan Puan Wawa dirundum pilu . Namun masih terdapat sedikit getaran pada suaranya .

Puan Wawa tertunduk . Air mata mula jatuh ke pipi . Sekiranya ini yang akan berlaku , dia bersumpah dia tak akan sanggup melakukan semua ni .

" Wahie , mami tak ada niat nak sakiti Wahie . Mami berani bersumpah kalau mami tahu benda ni yang akan berlaku , mami tak akan-- "

" Tak akan apa ? Akan buang Nadzim pada orang lain ? What the fuck ? " Sambut Wahie laju .

Nafasnya menderu laju .

Puan Wawa terdiam . Begitu juga Tuan Rayyan dah ahli ASS yang lain . Masing masing kelu untuk bersuara walaupun mereka mempunyai alasan kenapa semua ni berlaku .

" Betulkan ? Kenapa diam ? Tadi nak cakap sangat then cakaplah ! " Jeritan Wahie bergema atas rooftop itu .

" Wahie ! " Tengking Tuan Rayyan .

Wahie menjengilkan biji matanya . " Apa ?! Baba nak marah Wahie sebab tinggikan suara ? Ha marahlah sekarang apa tunggu lagi ?! "

Tuan Rayyan menghela nafas panjang . Dia pasrah . Sekiranya dia memarahi Wahie pun , benda ni tak akan selesai malahan kemarahan anak gadisnya itu akan terus bertambah meluap luap .

Suasana kembali sepi namun keadaan masih tegang .

" Jadi , inilah yang daddy maksudkan hari itu ? " Nadzim bersuara setelah beberapa minit sunyi menghimpit mereka .

Nadzim mendongak . Wajahnya betul betul menunjukkan yang dia kecewa . Kecewa dengan semua ini . Kenapa baru sekarang dia diberitahu ?

Kenapa baru sekarang mereka mahu beritahu tentang kisah sebenar ?

Kenapa baru sekarang ketika dia sedang jatuh suka pada Wahie iaitu adik kandungnya sendiri ?

Kenapa ?

Tuan Nadzril meraup wajahnya . Kesal . " Maafkan daddy , Nadzim . "

" Nadz , Wahie .. mummy minta maaf . Bukan mummy , daddy , mami , baba semua sengaja rahsiakan hal ni pada korang berdua . Tapi , percayalah kami semua ada alasan tersendiri . Benda ni terjadi bukan sengaja tapi takdir yang menentukan semua ni . " Puan Nadia cuba menenangkan keadaan .

Wahie tergelak sinis . " Takdir ? Oh jadi semua ni salah takdirlah ? Bukan salah korang semua ? Heh such a shame . "

" Bukan--- "

" Cukup . Penat tahu penat ? Kenapa .. kenapa Wahie yang sentiasa jadi mangsa keadaan ? Why baba ? Why mami ? " Wahie jeda . Matanya mula berkaca .

" Pernah tak baba dan mami tanya apa yang Wahie nak ? Pernah tak ? Semestinya tak , kan ? Tapi setiap kali Wahie cuba capai apa yang Wahie nak dan benda makin hampir dengan Wahie , mesti mami dan baba halang tanpa sebab . Kenapa ? I just hate for being myself only because all of this shit . "

Bad Girl .Where stories live. Discover now