40

213 15 2
                                    

Pagi yang hening . Cahaya matahari yang memancar tepat ke muka menyebabkan tidur Wahie terganggu . Perlahan lahan kelopak matanya terbuka .

Jam di dinding dikerling sekilas sebelum melarikan mata kepada jejaka yang sedang tertidur pulas di sebelahnya ini . Wahie mengeleng kecil .

Dengan televisyen tak tutup , sedap betul dia tidur ! Tidur pun kacak ke ? Aish tak fahamlah lelaki ni .

Malas mahu berlama membiarkan televisyen yang terbuka bakal melambungkan bil elektrik , segera gadis itu matikan lalu mengemas ruang tamu yang kelihatan berselerak dek kerana mereka berdua sehingga kemas .

Kakinya menuju ke bilik untuk membersihkan diri . Jejaka yang masih tertidur itu dibiarkan tanpa niat mahu dikejutkan .

Biarlah dia tidur dulu , selepas siap masak sarapan baru kejut . Bisik gadis itu sebelum menghilang ke dalam bilik .

Beberapa minit kemudian Wahie muncul semula ke ruang tamu untuk ke dapur dengan rambut messy bun bersedia untuk memasak . Segera peti sejuk dibuka dan isi peti itu diteliti satu persatu .

Nak breakfast apa ya ? Nasi goreng jelah , senang dan ringkas !

Laju tangannya mengeluarkan segala jenis bahan membuat nasi goreng . Lincah Wahie membuat kerja tanpa menghiraukan langsung suasana disekelilingnya .

Aryan yang baru tersedar kerana terdengar bunyi bising dari dapur terus mengorak langkah ke dapur . Dia memerhatikan kelincahan Wahie memasak dari island bar sambil berpeluk tubuh dengan senyap tanpa Wahie sedar akan hal itu .

Wahie nampak semakin matang ketika memasak . Dia tak sangka gadis ini boleh berubah sehingga ke tahap ini .

Wahie yang dulu langsung tak tahu tentang perihal di dapur malahan jangan harap untuk dia ambil tahu . Tetapi sekarang lihatlah , Wahie seolah olah seorang pro di dapur sekarang !

I'm so proud tsk . Untung Darren dapat gadis ini .

Aryan tersenyum kecil . " Good morning , princess . " Kaki dibawa ke peti sejuk .

" Ohmygod , Aryan ! Terkejut aku ! " Wahie berteriak nyaring .

Hampir terpelanting pisau yang dipegangnya . Kus semangat Aryan ni !

Aryan ketawa kecil . Susu kotak full cream dutch lady dikeluarkan sebelum dituang ke dalam gelas .

" Sorry , Apple . Khusyuk betul kau masak sampai aku berdiri lama kat situ pun kau tak sedar eh ? Besar dah Apple aku ni . " Ujar Aryan sambil bersandar pada kabinet bersebelahan dengan Wahie .

Wahie mencebik . " Aku kena pastikan masakkan aku sedap sebab tu aku perlu khusyuk . Kau apa tau ? "

Aryan hanya angguk acuh tak acuh . Dia naik duduk pada kabinet sambil matanya tak lepas dari memandang Wahie membuat kerjanya .

Memanglah aku tak tahu sebab memasak tu kerja perempuan je ! Cebik Aryan .

" Apple , you know what ? Semalamkan sepatutnya aku kena balik rumah sana sebab mami suruh . " Mula Aryan . Susu diteguk sedikit .

Kening Wahie terangkat . " Oh yeah ? Asal kau tak balik sana ? "

Tumpuan Wahie masih lagi pada nasi gorengnya . Pan diambil dan diletakkan atas dapur api .

" Sebab aku nak spent time dengan kau selain daripada aku tahu diaorang ada agenda suruh semua orang berkumpul . "

Wahie membuat muka terharu sebelum mula dilanda pelik . Sempat jari Wahie naik mencuit hidung mancung Aryan . " Aww you are so sweet , darling . Agenda ? Agenda apa ? "

Bad Girl .Where stories live. Discover now