Pagi itu selepas bersarapan , masing masing diminta untuk beratur mengikut kumpulan . Setiap kumpulan diberi kain dengan warna yang berbeza . Setiap ahli dikehendaki memakai kain tersebut yang tertulis nama masing masing .
Wahie memandang sepi kain berwarna purple yang tertulis namanya dengan maker hitam . " Perlu ke pakai benda ni ? " Belum sempat Wahie bersuara , ada suara sumbang berbunyi dahulu . Wahie memandang tuan suara , Rafiesya .
" Not my tastelah benda ni euw apasal serabai sangat ni ? " Katanya lagi . Masing masing malas mahu melayan rungutan gadis gedik tersebut .
Dya mencebik melihat Rafiesya . " Lantak kaulah nak pakai ke tak , kalau markah kumpulan ni kena potong siap kau aku potong badan kau bagi ikan ikan dalam air terjun dalam hutan sana makan . "
" Kau bagi ikan ikan tu makan pun diaorang lari . Jijik weh nak makan bangkai busuk macam hati hitam dia tu . " Sambung Wahie selamba menyebabkan ahli lain mengemam bibir menahan ketawa . Kainnya kemas Dya ikat di dahi .
Rafiesya mengetap bibir geram . Mukanya merah padam menahan marah . Tak guna ! Baru saja dia mahu membalas , terdengar suara senior memberi arahan . Dia menjeling Wahie tajam sebelum berpusing ke hadapan .
Wahie tersenyum sinis .
" Okey pagi ni kita akan buat jungle tracking memandangkan cuaca tidak terlalu panas dan sesuai untuk kita lakukan aktiviti tersebut . Tetapi , kita panaskan badan dulu sebelum mulakan aktiviti kita pagi ni . "
Setengah jam kemudian , semua pelajar diminta berbaris semula dalam kumpulan . Penerangan tentang larangan dan check point dalam hutan nanti diberitahu secara detail agar kemalangan dapat dielakkan daripada terjadi dan kemudian barulah satu persatu kumpulan dilepaskan .
Kumpulan Wahie diketuai oleh Nadzim dihadapan dan Wahie berjaga dibahagian paling belakang sambil ditemani Alex walaupun sudah dibantah keras oleh Wahie .
Tiba dicheck point ke-9 , rata rata mereka mula merungut penat kerana sudah hampir satu jam suku mereka berjalan dalam hutan itu tanpa henti . Lagi lagi ahli paling diva dalam kumpulan mereka yang sejak dari check point ke-3 sudah merengek mahu berehat padahal orang baru saja bersemangat untuk memulakan aktiviti .
" Korang semua nak rehat ke nak sambung jalan terus ? " Soal Nadzim meminta sebulat kata dari semua ahli kumpulannya .
" Nadz , I penatlah ! Rehatlah sekejap ey tak lari punlah khemah tu ! " Rengek Rafiesya sambil menghentak kaki .
Masing masing menayangkan wajah menyampah . " Kitaorang tak kisah mana mana . Lagipun tinggal satu check point je lagi , kan ? Mesti tak jauh dari sini. " Jawab Jonathan . Rengekkan dan rungutan gedik Rafiesya langsung tidak diendahkan .
Mengada lebih je perempuan tu .
" Hm betul juga tu , kita sambung jelah dah nak dekat ni . " Ujar Hafiy yang bersetuju dengan kata kata jejaka Sabahan tersebut .
" Wahie macam mana ? Tak penat ke nak sambung ? " Alex menyoal Wahie prihatin .
Rafiesya mencebik melihat keadaan itu . Hello , im here okey ?! Penat tahu ?!
" Aku okey je but Kamalia ni macam penat sangat je . Look at her . " Wahie menunjuk ke arah Kamalia yang tersandar lemah pada sebatang pokok sambil memejamkan mata . Bibirnya nampak pucat .
" Kalau macam tu kita kena cepat cepat sampailah nanti makin teruk pula . Girls , papah dia perlahan lahan . " Arah Nadzim . Sempat Dya menyoal Kamalia adakah dia okey untuk teruskan perjalanan dan gadis itu mengangguk .
" Why not kita berhenti rehat sekejap je ? Bagilah Kamalia rehat sekejap mana tahu dia okey sikit lepas tu . " Bantah Rafiesya .
Sebenarnya dia sengaja mahu melambat lambatkan masa mereka sekumpulan dari tiba di tapak perkhemahan . Sebab apa ? Entah , hanya dia saja yang tahu .
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...