25

220 20 2
                                    

" Achooo !!! " Untuk kali ke sepuluh bunyi bersin itu kedengaran .

Nadzim menoleh ke sebelah . Kelihatan Wahie tersandar lemah dengan hidung yang memerah akibat terlalu banyak bersin .

" Kau okey ? Sejuk sangat ke ? Air-cond dah paling rendah dah ni . " Soal Nadzim risau .

" Tak apa . Biasalah main hujan sejuk mesti bersin sikit . " Jawab Wahie .

Nadzim hanya diam sambil cuba fokus pada pemanduannya ke rumah Wahie .

Beberapa minit kemudian , handbreak ditarik apabila sampai dihadapan rumah Wahie . " Dah sam- aik ? Tidur ? "

Toleh saja ke sisi , terpampang wajah Wahie tertidur . Senang betul minah ni tidur . Penat sangat main hujanlah tu . Gumam Nadzim .

Wajah gadis itu ditilik satu persatu . Terlalu lena tidur gadis itu sehinggakan bunyi hujan lebat yang turun menghentam bumbung kereta pun tidak menganggu lenanya .

Sedang leka Nadzim menilik wajah Wahie , tiba tiba bunyi guruh menyedarkan dia ke alam nyata . Segera Nadzim beristighfar .

" Astaghfirullah . Apa ni , Wafy ? Tenung anak dara orang pula kau ! Nasib tak jadi macam tadi err . " Nadzim menepuk pipinya separa kuat .

Macam mana nak kejut ni ? Nadzim memandang keluar . Hujan . Mencurah curah turun bagaikan tiada hari esok ewah !

Mahu tak mahu , Nadzim mengambil keputusan untuk mengejutkan Wahie . Nama Wahie dipanggil berkali kali separa kuat namun gadis itu langsung tidak bergerak .

Akhirnya Nadzim berputus asa untuk terus mengejutkan gadis itu . Tidur mati betul . Gumamnya . Tiba tiba tubuh Wahie menggigil sambil dia mengumam sesuatu membuatkan dahi Nadzim berkerut .

" Ma .. mami .. se .. sejuk .. ma .. "

" Wahie ? Kau cakap apa ? " Soal Nadzim risau .

Mami ? Mana ada mami kat sini . Nadzim ada Nadzim , mami tak ada . Ada nampak mami happy ?

" M .. ma .. mami .. "

" Wahie ? Kau kenapa ? Ni aku Nadzim . Mami kau tak ada . "

" Sejuk .. "

Dahi Nadzim berkerut . Memanglah sejuk . Hujan ni . Tapi , eh aircorn kan dah matikan . Apa yang sejuk lagi ?

Belakang telapak tangannya naik untuk menyentuh dahi gadis itu . Berdebar debar jantungnya seakan akan mahu menyambut huluran tangan tok kadi je gamaknya .

Ffuh ya Allah ampunkan dosaku menyentuh anak dara orang tanpa kebenaran . Aip aip macam lain je bunyi dia eh lantaklah .

Panas .

" Eh , Wahie kau demam . " Nadzim mengelibas apabila terasa suhu badan Wahie meningkat .

" Hmm .. hikss .. h-hikss .. "

Nadzim cuak apabila gadis itu mula merengek dan menangis teresak esak . Duh apa aku nak buat ni ? Takkan nak dukung dia bawa masuk rumah hujan hujan ni ?

Hah ! Sebagai rakyat Malaysia , aku perlu juga bawa dia masuk rumah secepat mungkin . Kang kena tangkap basah sia sia je kena kahwin muda eh tapi kalau aku dukung dia pun nanti kena tangkap basah juga dengan family dia yelah kitaorangkan tengah basah ni sekarang eh apa aku mengarut ni . Bebel Nadzim seorang diri .

Setelah puas membebel seorang diri , Nadzim mengambil keputusan untuk membawa Wahie masuk ke rumahnya secepat mungkin . Makin lama gadis itu duduk dalam kereta ini dengan keadaan lembab , makin teruk demam gadis itu nanti .

Dia menyelongkar keretanya terlebih dahulu untuk melihat kalau kalau terdapat baju atau tuala spare khas untuk di dalam kereta sekiranya mempunyai hal kecemasan seperti sekarang kerana kebiasaannya Dya pasti akan meletakkan sehelai tuala di dalam kereta . Untuk apa ? Dia pun tak tahu adik perempuannya itu . Nak ditanya , malas menguasai diri pula .

Bad Girl .Where stories live. Discover now