Klek .
Wahie menoleh apabila bunyi pintu wadnya dibuka dari luar . Sesaat kemudian dia tersenyum manis melihat gerangan yang melangkah masuk dengan muka ketat bersama seorang gadis yang tercebik cebik seakan menahan tangis . Wahie bangkit dari pembaringan sambil senyumannya di bibir kian memudar melihat wajah bengis itu .
Kenapa ?
" Wahie ...... " Panggil si gadis lalu tubuh Wahie diterpa dan mereka berpeluk untuk seketika . Wahie mengusap belakang badan gadis itu lembut .
" Yes , Dya ? Kau okey ? Tak ada cedera , kan ? " Soal Wahie prihatin . Tubuh Dya dibelek untuk melihat memastikan gadis itu tidak turut tercedera sepertinya .
Dya mengeleng perlahan . Baru dia ingin membuka mulut , suara garau bernada garang menyampuk . Dya mengemamkan bibir sebelum memuncung bibir masam .
" Dia okey je . Kau yang tak okey sebab dia . "
Kening Wahie bertaut memandang Nadzim . " Kenapa kau cakap macam tu ? Aku okey jelah . Aku risaukan Dya . "
Terdengar dengusan marah Nadzim . Dia kemudian memandang Dya tajam . " I want to be alone with her . Both of us . You , Go . "
" Tapi Dya belum puas jumpa Wahie ! " Bentak Dya apabila dia disuruh keluar tanpa sempat dia mahu berbual panjang dengan Wahie . Eh tanya khabar pun tak sempat lagi tau ! Apa ni !
" Dya nak keluar sendiri dari wad ni ke nak abang sepak Dya sampai keluar dari hospital ni terus ? "
" Fine ! Dya keluar sendiri ! " Akhirnya Dya mengalah . Kakinya melangkah longlai keluar dari wad vvip itu sambil hati puas menyumpah seranah abangnya sendiri .
" Kenapa suruh Dya keluar ? Aku belum puas hilangkan rindu dengan dia . " Ujar Wahie sedikit tak puas hati dengan Nadzim .
Nadzim masih lagi menayangkan wajah dinginnya membuatkan Wahie sedikit gerun . Walaupun Nadzim memang selalu tayang muka dingin , tapi tak pernah pula sampai dia boleh rasa aura tegang lelaki tu . Ini seram weh !
" K-kau kenapa pandang aku macam tu ? K-kau okey ? " Soal Wahie tergagap gagap apabila Nadzim merenungnya tajam seperti mahu menelannya hidup hidup .
Dua minit kemudian keadaan tetap sama . Wahie mula terasa sesak . Entahlah sejak kes jatuh cerun tu , mana tah hilang Wahie yang berani masa sebelum jatuh cerun tu . Mungkin tertinggal kat cerun tu kot Wahie yang berani tu .
" Nadzim , kalau kau cuma nak tenung aku macam harimau kelaparan , baik kau balik . Kesian Dya tunggu kau kat luar . Aku nak tidur . " Sejurus itu Wahie berbaring dan terus mengiring ke arah dinding , mengelak pandangan Nadzim .
Beberapa saat kemudian katil Wahie terasa berat dan terasa tubuhnya dipeluk seseorang dari belakang . Mata Wahie terbeliak . Baru dia mahu memprotes , suara garau itu berbunyi .
" Syuuu .. just a few minute . Kau nak tahu tak , aku macam nak gila bila kau jatuh cerun tu . Kau buat jantung aku macam terhenti seketika . Kau betul betul buat aku risau sampaikan aku rasa nak nangis . Kau betul betul buatkan aku rasa tak guna masa aku dapat berita kau tak sedar selama 2 hari . Aku betul betul macam orang gila rindukan kau . Kenapa kau buat aku macam ni , Wahie ? Kau memang sengaja nak seksa perasaan aku ke ? "
Wahie terkelu . " Nad-Nadzim ... "
" Wahie kenapa kau berani goda aku walaupun aku langsung tak layan kau , walaupun kau kena fitnah macam macam , aku langsung tak hiraukan kau tapi kau berani eh ? "
" Nadzim .. a-aku ... "
" Kalau kau ada misi untuk buat aku suka kau , kau dah berjaya . Tapi kalau kau saja nak main mainkan aku , aku minta kau hentikan semua ni . "
![](https://img.wattpad.com/cover/97199370-288-k437601.jpg)
YOU ARE READING
Bad Girl .
Romance+Sequel Cinta Si Kembar | Versi Junior . Digalakkan membaca Cinta Si Kembar terlebih dahulu sebelum baca yang ini . Takut korang blur pula dengan jalan ceritanya nanti . ? - Disebabkan apa yang diharapkan tak tercapai , semua berubah sehingga dia t...