03

397 23 0
                                    

" Paksu ! Macam mana dengan ibu dan ayah ?! " Dengan termengah mengah Puan Fatin menyoal pakciknya bersama air mata diikuti Tuan Farriz di sebelah dan anak anak mereka di belakang .

Lelaki separuh abad itu mendongak memandang anak sedaranya itu lemah . Dia mengeleng tanda tidak tahu . " Doktor masih kat dalam . Dah 5 jam pembedahan dilakukan . "

Puan Fatin jatuh terduduk di kerusi menunggu . Tuan Farriz memegang lengan isterinya lalu memeluk tubuh itu . Dia tidak peduli akan pandangan orang sekeliling . Matanya yang kian membengkak juga tidak hiraukan . Dalam hati wanita itu tidak berhenti berdoa agar Allah menyelamatkan nyawa kedua orang tuanya dan keluarga adiknya .

Niatnya pulang ke sini untuk memberikan kejutan kepada kedua orang tuanya itu . Namun , lain pula yang jadinya apabila ketika dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , dia mendapat panggilan daripada pak usunya itu mengatakan bahawa keluarga adik dan kedua ibubapanya itu kemalangan teruk . Dengan itu , dia terus mengesa suaminya untuk ke hospital tempat mereka dirawat dengan segera .

Tiba tiba pintu bilik kecemasan itu terbuka dan keluar beberapa orang doktor lelaki dan perempuan dari bilik itu . Segera mereka bangun dan berlari ke arah doktor itu .

" Doktor , macam mana keadaan mereka ?! " Soal Puan Fatin cemas .

" Puan keluarga pesakit ke ? " Soalan dibalas dengan soalan oleh seorang doktor lelaki . Mungkin dia ketuanya kerana dia kelihatan lebih tua berbanding yang lain .

" Saya adik pesakit dan ini anak anaknya . Macam mana dengan keadaan mereka , doktor ? "

Doktor itu mengambil nafas dalam lalu dihembus perlahan . " Puan Fatihah sudah melepasi tahap kritikalnya namun dia masih lagi koma akibat hentakkan kuat dikepalanya . "

" Ayah dan keluarga adik saya pula , doktor ? "

" Saya harap Puan tabah . Maaf , kami sudah pun cuba semampu yang boleh namun Allah lebih sayangkan mereka . Saya minta diri dulu . " Kata kata doktor itu menyebabkan Puan Fatin jatuh terjelopok ke lantai .

Dato Ariss terduduk semula ke bangku . Dia meraup mukanya kasar .

" Mamaaaa ... " Mellisa , Erisa dan Arishah berlari lalu memeluk ibunya . Farhad pula tetap beku ditempat dia berdiri . Masih lagi cuba mencerna bait bait kata doktor tersebut bersama linangan air mata .

Tuan Farriz yang baru tersedar dari lamunan terus mendapatkan isteri dan anak anak perempuannya yang terduduk diatas lantai untuk berdiri . Bahu wanita itu dipeluk kuat lalu wanita itu dibawa ke dalam dakapannya . Puan Fatin melepaskan tangisan di dada suaminya .

" Abang ! Macam mana keadaan diaorang ? " Dato Ariss mendongak lalu mengelengkan kepala sebelum kembali menunduk .

" Allah ! "

-

" Arishah .. Jom makan sayang . Seharian Rishah tak makan . Nanti Rishah sakit . " Tuan Farriz berjalan ke arah anak bongsunya itu .

Arishah mengeleng lemah tanpa memandang ayahnya . " Rishah tak lapar . "

Tuan Farriz mengeluh . " Tak boleh macam tu , sayang . Rishah kena makan juga walaupun Rishah kenyang sebab hari ni Rishah belum cuit satu makanan pun . Jom , sayang . "

" Rishah tak nakk . Rishah nak atukkk . " Arishah kembali menangis mengenangkan atuknya yang telah meninggalkannya selama lamanya .

Atukk , kenapa atuk tinggalkan Rishah ? Atuk jahatt . Rintih hati gadis itu .

Bad Girl .Where stories live. Discover now