PART 8

300 4 0
                                    


Aku rasa Mama tak patut cakap macam tu. Masih terlalu awal. Aku faham Mama teruja. Yelah, orang tua memang macam tu. Excited lebih. Aku diam. Tunduk.

"Tahniah, Sarah." ucap Dr. Haziq.

Dr. Haziq senyum.
Mama pun.

Tuhan,
andai Engkau kurniakan kembali ingatanku, aku mahu tahu segala kisahku, tentang cerita-cerita aku yang lalu, tentang hubungan aku dengan semua manusia, tentang kehidupan lampauku.

Sedang aku leka melayan emosi, Uwais datang. Dr. Haziq berbual sebentar dengan Mama sebelum kami berangkat.

"Assalamualaikum Sarah..."
tegur Uwais. Perlahan aku menjawab salamnya. Aku tak ada mood.

"Sarah apa khabar? Sihat?" soalnya.

"Alhamdulillah."

"Sarah okey?" soalnya.

Aku angguk.
Aku rasa aku rindu Wafi tapi aku benci dia.

"Mama nak kita kawen." ujarku.

Uwais senyum.

"Ya. Saya tahu tu. Sarah okey?" soalnya.

Aku diam.
Senyum tak.
Geleng tak.
Angguk pun tak.

"Awak terima saya?" soalku.

"Ya, Sarah. Saya terima diri awak."
Uwais senyum, memperlihatkan kelembutan jiwanya.

"Saya pernah pregnant." ujarku.
Sengaja aku nak tengok reaksi Uwais.

"Ya, Sarah. Saya tahu semua tu. Sudahlah, benda dah lepas. Jangan ingat lagi, jangan cakap pasal tu lagi, ya..." pujuk Uwais.

Aku diam.

".... rasa tak layak saya berkahwin dengan awak. Bukannya awak tak kenal siapa saya. Bukannya awak tak tahu sejarah hidup saya. Awak dari famili yang baik-baik. Awak kuat agama. Cukup sempurna dengan didikan agama. Masakan awak boleh terima saya?" soalku bagaikan satu luahan yang terpendam.

"Sarah, saya terima awak seadanya. Baik buruk awak, saya terima walau apa. Saya tak nak awak ingat apa-apa sejarah lampau yang dulu. Cukuplah kita mulakan hidup yang baru. Ada hikmah kenapa Allah bagi awak lupa perkara yang lepas-lepas. Semua itu ada hikmahnya. Allah tak beri apa yang kita nak tapi Allah beri apa yang kita perlukan. Allah tu tak kejam, Sarah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Allah ada perancangan yang baik untuk Sarah. Allah bagi Sarah lupa mungkin hikmahnya kalau Sarah ingat, ia akan buat emosi Sarah merundum teruk. Emosi Sarah tak stabil nanti. Allah takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, Sarah." jelasnya. Uwais nampak puas dapat menerangkan apa yang aku kusutkan selama ni.

Aku diam.
Terkesan sedikit dengan kata-kata Uwais.
Ada hikmah kenapa Allah bagi aku lupa perkara-perkara yang lepas. Mungkin Allah tak nak aku ingat tentang kisah lampauku. Kalau aku ingat, mesti aku jadi lebih teruk. Emosi aku bertambah tak stabil mungkin. Terima kaseh, Tuhan. Terima kaseh kerana terus menjaga aku.

Uwais faham agama. Sebab tu dia minta aku bersangka baik dengan Allah. Uwais minta aku lupakan sejarah hitamku supaya aku boleh mulakan hidup baru. Beriya-iya Uwais minta aku lupakan. Baiklah. Kalau itu yang terbaik buatku, aku tak mahu ingat lagi apa-apa sebab semuanya dah selesai. Uwais pun terima aku seadanya dan sanggup mendukung tanggungjawabnya sebagai seorang suami. So aku anggap semuanya dah selesai.

Petang tu aku bertolak dari hospital ke rumah. Uwais yang bawakan aku dan Mama balik. Sebaik saja tiba di halaman rumah, aku masih tak cam lagi rumah sendiri. Rumah yang pernah aku diami dulu.

"Kita dah sampai, Sarah."
ujar Mama sambil tersenyum.

Aku diam.
Blur.

Mata aku ligat pandang sekeliling rumah. Tengok kiri, kanan. Beg aku yang ala-ala pelajar Akademi Fantasia kena halau balik tu, Uwais yang handle. Dia bawakan beg tu masuk dalam rumah ditemani Mama.

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now