Lelah. Sakit. Hati bagaikan dirobek cincang, dipijak henyak. Terasa bila aku cuba untuk bangun, bangkit dari hidup tapi ditetak pula hidup². Inilah hidup aku. Ditinggalkan lelaki yang pernah memujuk rayuku. Ditinggalkan lelaki yang pernah aku beri peluang untuk berada dalam hatiku. Ditinggalkan lelaki yang pernah aku sayang. Ditinggalkan lelaki yang pernah mengajarku mengenal Tuhan. Ya, lelaki itu!Aku yang bodoh kerna percaya dia.
Aku gila kerna masih sayangkan dia.
Masih berharap dia kembali walau apa.
Aku layu bila dipujuk rayu.
Aku lemah.Salah aku ---
memberi ruang padanya.Salah aku ---
menerima dirinya untuk kali pertama.Salah aku ---
membenarkan cintanya merasuk ke jiwa.Salah aku ---
membiarkan diri dililit mati oleh rasa cinta menjunjung dosa.Salah aku ---
merelakan diri jadi santapan dosa lelaki yang pernah mendidik aku mengenal agama.Kau ambil kesempatan atas kejahilanku. Dah dapat, kau tinggalkan aku.
Ya, ini cerita aku tentang engkau.
Engkau ramai teman. Engkau memilih untuk merahsiakan tentang kita. Untuk apa? Supaya engkau dilihat hanya yang baik² saja depan teman² mu? Lelaki jenis apa engkau?!Salah aku semuanya sebab terlalu percaya engkau, lelaki.
Cantik "topeng"mu, sayang.
Seakan malaikat menjemputku ke syurga
tapi rupanya engkau menghumbanku ke neraka.Cantik ke"peribadi"an luaranmu, sayang.
Seakan membawaku ke jalan Tuhan
tapi rupanya engkau heret aku ke jalan syaitan.Cantik "cinta"mu, sayang.
Memberikan aku harapan palsu, sampai aku percayakan engkau, sampai aku termakan pujuk rayu, sampai engkau puas, sampai aku tanggung benihmu tanpa bajaanmu. Ini tanggunganku sendiri tanpa engkau disisi.Ini cerita aku tentang engkau.
Engkau berani BUAT tapi "kecut telur" nak hadap. Kau takkan berani bertanggungjawab, dapat aku, engkau lepas! Biarkan aku terkontang-kanting, terumbang ambing, terkapai² lemas, lalu mati.Kejam.
Engkau puas perlakukan aku begitu, bukan?Ini cerita aku tentang engkau.
Boleh engkau beritahu famili engkau apa yang telah engkau buat sama aku? Berani? Engkau sanggup? Dimana keberanian engkau, jantan?Kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah ditepi pantai.Berhentilah mengatakan dosa² kita itu adalah satu nikmat dan kehendak Allah. Aku tidak mahu engkau nampak sesat.
Jangan risau, sayang.
Famili engkau takkan tahu apa yang sudah pun jadi antara kita. Kau mahukan maksiat engkau itu tidak dihidu oleh famili engkau, bukan? Engkau mahu menjaga reputasi diri engkau dalam famili engkau, bukan? Yaaa... engkau tetap seorang anak lelaki yang baik seperti mana yang ibu, ayah dan adik² engkau harapkan. Nama engkau sangat PUTIH, BERSIH dan SUCI tanpa sembarang cela dan dosa dihadapan famili engkau. Jangan risau ya, sayang.(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...